Friday, 27 December 2013

Fantasi Cintaku




Ini projek baru yang saya tengah usahakan. Kompilasi ni akan saya print sendiri. Jadi saya perlukan 500 pembaca yang sudi pledge untuk beli. Kalo tak, tak berbaloi kut saya nak print.

Sila tinggalkan emel dlm ruang komen. Kalu dah LIKES kat Grup Que Sera Sera, tak perlu tinggalkan emel kat sini.

Friday, 20 December 2013

KKG: Kini Selamanya #1

sapa dah baca Kau Kekasih Gelapku? Sila jump jump jump! Ni dia..khas buat korang yg dah beli dan baca KKG.

Pedang Siluman Putih dilibas laju menetak jembalang laut yang mengelilingi mereka. Seketika, sejalur cahaya putih berbentuk X muncul pada tubuh jembalang sebelum mahkluk hodoh itu berkecai hangus menjadi debu.

Kemudian Siluman Putih diacu ke belakang menikam jembalang yang mahu mencuri pukul. Sesudah itu Ayuna berpusing ligat seperti gading, mengacu Siluman Putih ke depan, membelah dua jembalang-jembalang yang semakin kurang bilangannya.

Keadaan yang hingar dengan tempikan dan pekikan suara jembalang, kini sunyi. Sepi. Hanya kedengaran bunyi ombak dan desahan nafas Ayuna yang turun naik menahan lelah.

“Shaq!” Ayuna memanggil setelah lelahnya hilang. Suaranya bergema di mulut gua yang menghadap laut.

Baru saja Ayuna nak melangkah masuk ke dalam mulut gua, suara hilai tawa perempuan berekor-ekor memekakkan telinganya. Ayuna menghunus Siluman Putih.

“Yuna...itu Medusa. Jangan pandang ke dalam matanya!” Damien tiba-tiba muncul di sisi Ayuna.

“Medu...what?” Ayuna terpekik. “Apa yang kau merepek ni? Medusa tu mitos Greek!”

“Yuna...kau bukan ada kat dunia manusia lagi. Kau dah masuk ke dunia selari. Dah lupa?” Damien segera mengingatkan.

Dunia selari? Fikiran Ayuna benar-benar buntu. Tubuhnya keletihan. Dia tak tahu berapa lama dia asyik bertempur. Entah berapa ratus jembalang yang dah jadi mangsa tetakan Siluman Putih.

“Damien...aku dah penat.” Tiba-tiba Ayuna jatuh melutut. Pegangan jari-jemarinya pada pedang Siluman Putih terlerai.

“No! No! Ayuna! Jangan dengar suara Siren tu!” Damien cuba mencapai tubuh Ayuna. Tapi tembus. Apalah dayanya sebagai spirit mahu menyentuh mahkluk berjasad seperti Ayuna.

Tanpa Ayuna sedar, rupa-rupanya ada Siren sedang mengalunkan suaranya. Dia dah terlalu penat hingga tak perasan ada dua ancaman sedang menanti.

Tawa Medusa menjadi semakin lantang dan hampir. Suara mendayu sang Siren menyanyi merdu semakin kuat. Dan tubuh Ayuna semakin longlai. Matanya berat.

“Yuna!” Damien hanya mampu menjerit melihat tubuh Ayuna terkulai di atas pasir. Sebagai mahkluk yang dah tak berjasad, dia tak mampu nak buat apa-apa.

Medusa, dewa berkepala ular...bukan berambut ular seperti yang digebang di dunia manusia, dah berdiri di sisi tubuh Ayuna yang dah tak sedarkan diri. Tertidur kerana mendengar nyanyian jembalang laut yang digelar Siren.

Beleum sempat Ayuna diapa-apakan, satu bukaan cahaya muncul di pantai menyilaukan pandangan Medusa. Sesaat dia alpa, kepalanya putus dua.
“Sorry, ugly!”

Rihanna tersenyum puas selepas melibas Siluman hitam. Kepala Medusa tergolek di atas pasir. Tubuhnya yang tak berkepala mula berjalan terhuyung-hayang. Sekali lagi Rihanna melibas Siluman Hitam, memotong-motong tubuh wanita ular itu menjadi beberapa bahagian sebelum ia hancur menjadi debu hitam.

Sang Siren yang duduk di atas batu mula melaungkan suaranya, mahu memukau Rihanna ke alam mimpi.

“Wahh...suara kau tak la merdu sangat. Kalau masuk The Voice pun, tak ada kerusi yang nak berpaling.” Sepantas kilat Rihanna dah berdiri di hadapan sang Siren.

Sesaat, tubuh Siren itu juga hancur menjadi debu. Kemudian Rihanna berjalan lambat-lambat menghampiri Ayuna yang dah sedar.

Rihanna geleng kepala. “What took you so long?”

Berkerut dahi Ayuna memandang Rihanna. Rasa nak marah mula memuncak. Kini baru ingatannya jelas.

“Kau masuk sini, kau kena tewaskan dua jembalang. Tadi masa aku datang, ada beratus jembalang aku kena selesaikan. Dah...jangan nak tunjuk lagak. Kita tak ada masa. Bila-bila masa saja portal waktu tu boleh tutup!”

Ayuna menghunus Siluman Putih dan dihalakan ke dalam gua. Perlahan-lahan Siluman Putih bernyala seperti lampu. Dengan panduan cahaya Siluman Putih, mereka melangkah masuk ke dalam gua.

“Shaq!” Ayuna memanggil lagi.

Namun hanya bunyi deruan air saja yang menyahut.

“Ada sungai dalam gua ni? Air terjun?” Rihanna kagum melihat keadaan gua yang indah khabar dari rupa. Keadaan gua dah tak gelap sewaktu mereka tiba di tepi anak sungai. Ada lubang besar di bumbung gua yang membenarkan cahaya matahari menerobos masuk ke dalam.

Siluman Putih dah tak bernyala lagi. Ayuna melenyapkan Siluman Putih dari pandangan. Bukan macam Rihanna yang lebih suka menyisipkan Siluman Hitamnya di belakang tubuh.

“Alamak!” Rihanna terkaku seketika.

“Apa?” tanya Ayuna pelik. Dia pandang ke arah yang sama seperti Rihanna.

“Shaq!” Ayuna terjerit dan terus berlari ke arah arca kristal seorang lelaki.

“Dia tak bertukar jadi batu. Tapi...jadi kristal?” Perlahan-lahan Ayuna hulur tangan nak sentuh Shaqir. “Wei...Hana...cemana ni? Laki aku dah bertukar jadi kristal!”

“Manalah aku tau nak buat apa.” Rihanna rasa takjub tangok Shaqir versi kristal. Macam patung ukiran ais pun ada. Macam cantik aje kalau nak jadikan perhiasan kat ruang tamu penthousenya.

“Yuna...gunakan percikan api biru.” Damien muncul lagi.

“Percikan api biru?” tanya Ayuna, keliru. “Cemana?”

“Kau cakap dengan siapa tu?” soal Rihanna pelik bila dia nampak Ayuna macam cakap sorang-sorang.

“Give it to him.”

“Huh?” Ayuna masih lagi blur. Cemana la nak bagi percikan api biru pada Shaqir? Boleh ke bagi?”

“Through a kiss.”

“Ooohhhhh.” Terangguk-angguk kepala Ayuna. Barulah dia faham.

“Yunaaaaa...kau cakap dengan siapa?” Rihanna tanya sepatah sepatah. Sebab tiba-tiba saja dia rasa seram semacam. Err...demon pun boleh rasa seram ke? Apa-apa jelah! Lagipun di situ bukan dunia manusia.

“Aku bercakap dengan Damien.” Segera Ayuna menjelaskan sebelum Rihanna fikir yang bukan-bukan.

“Damien? Shaman tu? Tapi bukan ke....” Muka Rihanna keliru habis.

“Spirit.” Ayuna pandang Rihanna seketika sebelum menumpukan perhatian kepada Shaqir. “Now...dear husband...I’m gonna give you a kiss of life.” Ayuna menghampirkan wajahnya kepada Shaqir. Tatkala bibir mereka bersentuhan, tubuh Ayuna diselubungi percikan api biru. Melalui sentuhan itu, percikan api biru mula menjalar menyelubungi tubuh Shaqir.

Tubuh kristal itu seolah-olah cair seperti ais dan perlahan-lahan bertukar menjadi tubuh yang berdarah daging.

Ayuna melepaskan Shaqir dan percikan api biru terpedam perlahan-lahan.

“Why do you have to be so gorgeous and all demons from around the msytical world want to have you?” Ayuna senyum.

Shaqir membalas dengan senyuman lemah. “Yuna!” Dia melepaskan keluhan lega. Tubuh Ayuna didakapnya erat.

“Dah la tu....sambung peluk cium kat rumah. Kita kena cepat sebelum portal waktu tu tertutup!” Rihanna bersuara lantang.

“Yelahhh...tau.” Ayuna memapah Shaqir. Mereka berjalan keluar dari gua. “Kalau Darius yang kena larikan macam ni...kau pun sama sawan!”

“Darius tak kan kena kidnap...okay? Dia tu superdemon. Demon sama demon mana nak main kidnap. Manusia macam laki kau tu la yang demon suka nak culik.” Rihanna melirik sekejap ke arah Ayuna dan Shaqir.

“Pape jelah!” balas Ayuna, geram dengan sikap Rihanna yang kadang-kadang suka mengusik tak kira tempat. Kejam!

Shaqir sekadar mampu geleng kepala. Rihanna dan Ayuna...kalau dah berjumpa mesti nak bercakaran mulut. Kalau mesra tu, sampai terlebih dos manisnya. Kalau gaduh, macam anjing dengan kucing lagak mereka.

“Jom balik!” Rihanna melompat dulu ke dalam portal waktu yang terbuka.

Kemudian diikuti oleh Ayuna dan Shaqir. 

Wednesday, 20 November 2013

Group Que Sera Sera Facebook

Kita rehat jap baca APM, SIA atau HDL. Saya nak promote group saya kat Facebook ni. Nak tau apa ada kat sana? Macam-macam ada. Selalunya saya suka tulis sesuatu yang instant, impromtu...suka-suka jari nak taip apa. Meh sini saya kongsi apa yang ada kat sana. Cer tengok diari ni...
See..ada yang saya tak masuk kat sini. So rugi la uols yang tanak join saya kat group QSS FB. Jap...ada lagi nak share


Ni enovel atau ecerpang baru yg sy tengah tulis. Genre fantasy dark/urban romance macam KKG, HDL dan Black Wing. Hatiku Dicuri Lanun (HDL) dihentikan sementara di blog. Cuma ada teaser aje sekarang ni kat Group QSS FB.

Ni teaser Hessa My Roses...

“Berapa yang dia hutang ketua kamu?” Tanpa mempedulikan larangan Yuri, Hessa masuk campur.

Kedua-dua lelaki tu menoleh ke arah Hessa. Di bibir masing-masing mengukir senyuman gatal dan jahat.

“Kenapa? Kau nak bayar?”

“Berapa?” tanya Hessa. Suaranya dikawal selembut mungkin. Lawan dengan kekasaran, kekasaranlah jawapannya.

“Itu kau kena tanya bos kami.” Lelaki itu tersengih-sengih mempamerkan gigi kuning tak bergosok setahun.

“Bawa aku jumpa dia,” pinta Hessa tenang.

“Hessa!” Yuri menegah. Lengan Hessa ditariknya lagi.

Hessa senyum pandang Yuri. “Ben kan ada,” katanya sebelum mengikut langkah dua lelaki tadi.

“Ben tu hanya khayalan kau, Hessa!” keluh Yuri kesal. Dia hanya mampu pandang saja Hessa mengikuti lelaki-lelaki tu. Moga Hessa dilindungi oleh ‘pelindungnya’ seperti yang dia selalu kata.

Hessa dibawa ke sebuah pos pengawal yang ditempatkan di kota desa itu. Sepanjang jalan, banyak saja mata-mata memerhati. Riak tenang. Sikit pun dia tak tunjuk rasa takut. Tiba di sebuah bilik, dia disuruh masuk. Seorang lelaki sedang membelakangi mereka sambil membelek tablet di tangan bersama seorang lelaki lain. Kedua-dua tak memakai seragam tentera Ilunati....seperti kebanyakan anggota di situ. Kononnya mereka ni pengawal keamanan. Sebab itu mereka berpakaian biasa. Padahal, mereka anggota tentera Ilunati yang kononnya menyamar jadi orang baik. Itu Hessa tau sangat. Seperti mana Yuri dan beberapa rakan-rakan mereka yang terpilih. Tapi orang-orang di kota desa itu masih tak tahu siapa mereka ni semua.

“Tuan!” tegur lelaki yang membawa Hessa tadi.

Kedua-dua lelaki itu berpaling. Dan Hessa terpaksa tahan nafas bila renungan tajam seperti helang itu menikam wajahnya.

Aw crap! Raz....Major Razien Raees? She’s doomed!
 


Best Friend Ke? Ha...yang ni suka-suka tulis gak. Baru start tulis last week.


Sedikit sedutan BFK....

"Are you sure you want to do this?" tanya Ilara, yang dah siap bergaun pengantin warna pic lembut. 

"There's no turning back. Kita dah pun nikah petang tadi." Wajah Iddin sugul.

"So..kau macam mana? Okay?" Wajah Ilara pun tak lah ceria sangat. Apatah lagi melihat Zudin begitu bahagia di samping Halina. 

"I want to kill myself seeing her kiss that guy!" Iddin ketap gigi. Rasa nak bawa Halina lari dari situ. Culik dia dan paksa dia nikah di Siam.

"Same here." Ilara menunduk kepala. Hatinya bagai disayat tadi melihat Zudin mengucup dahi Halina sewaktu selesai akad nikah. 

"So...kita nak buat apa ni? Kejap lagi kita nak kena bersanding sama-sama dengan mereka." Iddin yang segak berkot tersandar lemah pada dinding. 

"Aku tau kita tengah sedih sebab our crushes did not marry us." Ilara tergelak sedih. "So...we will do what we usually do together."

"Which is?" Iddin angkat kening pandang Ilara.

"Just have fun. Let it all go...for tonight." Hanya itu yang Ilara fikir dia boleh lakukan. Tak kan nak menangis meraung sebab lelaki yang paling dicintainya dalam diam dah jadi abang iparnya. 

Iddin senyum mengerti. Penuh muslihat. "We steal the limelight out of them, huh? What say you?" Satu rancangan nakal dah terpeta di otaknya. Pengantin paling hebat malam tu ialah dirinya dan Ilara. Dia rasa macam nak kenakan Zudin dan Halina.

"Game on!" Ilara tersengih nakal. 

Bila dua daredevil bergabung, tak ada sesiapa boleh cakap apa-apa!

So...kalo ada rasa-rasa nak jadi resident member kat Group QSS di FB, silalah klik kat link bawah image ni ya. Jumpa di sanaaaaaaaaaa!!!!

 Group Que Sera Sera facebook

Friday, 25 October 2013

Assistant Pak Menteri~Bab 10

Untuk makluman, novel ini sedang dinilai untuk terbitan. Susunan bab tak sama di sini dengan versi novel. Bab ini versi belum edit. 
RAW YO!



BASIKAL aku kayuh laju-laju. Asal ada batu aje, aku jump. Kalau jumpa selekoh, aku kona maut sampai berasap jalan. Lepas tu kayuh lagi laju-laju macam kena kejar hantu. Sampai kat sungai, makin laju aku kayuh sebab nak buat drift paling hebat. Streeeetttttt! Tercabut rumput.

Aku tersengih kepuasan. Lepas turun dari basikal, aku periksa tayar dan rantai. Masih elok lagi basikal buruk ni. Well maintained nampaknya. Tiba-tiba bahu aku kena tepuk. Terkejut aku sampai basikal terlepas dan terjatuh. Terus aku toleh belakang.

Mr. Panda tayang muka masam mencuka sambil peluk tubuh.

“Hai awak!” Sebaliknya aku senyum ceria sampai nampak gigi.

“Kenapa melasak balik ni? Awak sedar tak yang awak tu jadi jadi isteri orang? Kenapa perangai macam budak-budak? Naik basikal macam mat rempit!”

Uiks? Aku kena bebel dengan Mr. Panda? Apa-kah? Ini sesuatu yang baru. Terus hilang senyum kat muka aku. Diganti dengan ekspresi cuak campur pelik. Betul ke mamat ni laki aku? Aku pandang bawah arah kaki dia. Kaki jejak tanah. Maknanya mamat ni bukan jelmaan jembalang. Kudongak dan pandang semula muka dia. Masih lagi serius. Huwaaa....aku tak suka la tengok riak muka dia macam ni. Dah nampak macam aura Adenan Semperit. Garang dan bengis. Aku nak balik!

Aku terus pusing badan, tegakkan basikal. Niat nak terus tunggang basikal dan kayuh selaju-lajunya. Tapi belum sempat aku buat apa-apa, Mr. Panda dah peluk badan aku dari belakang.

“Marah ek?” Nada suara dia lembut macam biasa. Macam lelaki yang aku kenal. Yang aku cinta.

“Lepaslah!” Aku tolak dia dengan bahu. Aku masih rasa jengkel dengan sikap dia tadi. Suara lembut ala-ala melting cheese tu tak berjaya nak ubah mood aku.

“Sayang.” Badan aku dia pusingkan. Sekali lagi basikal aku jatuh hempap bumi. “Sorry.” Dia tenung muka aku. Aura garang dan bengis tadi menipis perlahan-lahan. Aura lelaki kesayangan aku dah kembali. Hati ada sedikit sejuk. Sikit je la, kan?

“Jom...duduk sana.” Dia tarik tangan aku tuju ke sungai.

Lambat-lambat aku ikut. Langkah sengaja aku beratkan. Lagak macam budak kecik tak nak balik sebab tak puas main buaian kat taman.

Tiba-tiba Mr Panda pusing mengejut dan terus cempung badan aku. Terjerit aku sebab terkejut.

“Jalan lembab sangat macam siput bab 1!” Dia sengih nakal lalu bawa aku ke tempat yang dia tunjuk tadi.

Di sebalik batu besar, terhampar kain corak kotak-kotak warna merah. Picnic basket pun ada sekali. Eh? Ni dah macam gaya berkelah kami masa kat Terry’s Pond! Aku tenung dia. Dia senyum. Kalaulah aku ni jenama cheese gouda, mau cair aku kat dalam pelukan dia.

Perlahan-lahan Mr Panda turunkan aku ke atas rumput. Kemudian dia ajak aku duduk atas kain alas. Isi bakul rotak dia keluarkan. Meriah! Ada sandwic, coklat, jus anggur, buah anggur hitam dan Twisties BBQ pek besar! Ceh! Memang menu piknik masa kat Surrey dulu-dulu.

“So...ada apa ni? Berkelah bagai?” Aku bersimpuh sambil tengok tangan dia lincah atur juadah. Cara dia susun semua makanan tu macam berseni. Elok aje susunannya. Macam nak buat photoshoot. Dan jari  jemari dia yang panjang dan cantik tu buat aku macam terpesona kejap. Jari jemari tu la yang selalu...Haish! Sempat menyimpang!

Jari Mr Panda yang dah goda aku tu petik sebiji anggur dan suap ke dalam mulut aku.

“We sit and talk about us.” Dia petik sebutir lagi dan suap dalam mulut dia pula.

Kenapa tak suap dalam mulut aku lagi? Wah...dah pandai menggedik pula ya kamu ni, Fina! Sambil sembunyi keinginan yang terpendam, aku capai sandwic wholemeal inti ham ayam dan lapisan keju cheddar.

“Let me...” Dia capai sandwic kat tangan aku dan suap masuk dalam mulut aku. Erk? Keinginan jadi kenyataan? Yippa! Aku sembunyi senyum sambil kunyah perlahan. Awatnya kau ni Fina? Sengal tiba-tiba? Sejak bila pula kau suka dia manja-manjakan kau macam ni? Selalu yang manjakan kau macam ni ialah Rashdan.

Ha’ah ek! Mata aku terus tenung dia. Terkejut.  Mr Panda terpinga-pinga tengok reaksi aku. “Kenapa?” Dia tanya lepas suap, kunyah dan telan baki sandwic yang aku makan tadi ke dalam mulut dia.

“Awak...kenapa nak manja-manjakan saya macam ni?” Aku terus tanya tanpa lapik-lapik. “So unlike you!” Aku suka dia manjakan aku macam ni. Tapi aku tak rasa niat dia ikhlas. Ada sesuatu yang buat dia macam ni.

“Kenapa?” Dia tanya sambil senyum. Senyum yang semacam. “Saya tak boleh manjakan awak? Ingat Rashdan aje yang boleh?” Tajam renungan dia pandang aku.

Aik? Ni apa da? Kes cemburu ke?

Tiba-tiba Mr. Panda merangkak ala-ala harimau ke arah aku. Makin dia rapat, makin badan aku ke belakang. Dua-dua belah tangan aku tampung kat belakang badan. Kalau siku aku lemah, boleh terbaring la atas kain ni.

“Saya tak suka ada lelaki lain yang manjakan awak. Walaupun dia tu abang awak sendiri!” Suara Mr. Panda perlahan tapi tegas. Kepala aku terdongak pandang dia. Memang la muka dia nampak macam harimau nak terkam mangsa. Dan aku la mangsa yang malang itu...

“Faham?” Tubuh Mr Panda ke depan dan siku aku cair. Dub! Badan aku terus terlentang atas kain. Apa lagi...sang harimau terus terkam!

“Hoih!” Aku tolak badan dia kuat-kuat daripada timpa aku. “Jangan la macam ni. Nanti ada orang nampak!” Bertungkus-lumus aku nak lepaskan diri.

“Lokasi ni selamat. Kita terlindung dengan batu.” Senyum Mr. Panda macam setan. Semacam aje gaya dia pandang aku.

“Awak...please.” Aku dah lemas sebenarnya sebab jantung dah berdegup pantas. Badan pula dah seram sejuk. Kalau aku tak kuat, mau hanyut kat situ juga dengan dia yang dah lama bertahan.

Lambat-lambat Mr Panda lepaskan aku. Terus aku bangun betulkan baju. Kepala aku dah toleh kiri kanan. Kut-kut la ada orang skodeng kami. Tak ke naya nanti.

“Fina...tengah hari tadi keluarga Leha datang ke rumah saya. Risik saya. Dan Abang Nan terima risikan mereka. Awak nak suruh saya terima ke?” Suara Mr Panda tanpa nada. Tajam dia renung aku.

Kalau tadi jantung aku berdegup pantas, sekarang jantung aku rasa tak berdegup. Nafas aku rasa terhenti. Kepala aku rasa macam kena hentak dengan belantan.

“Tolong saya, Fina. Saya tak nak kahwin dengan Leha. Saya tak nak kehilangan awak.” Nada suara Mr. Panda masih bersahaja. Tapi renungan dia pada aku memang renungan membunuh. Ni lidah tak sekata dengan hati ke? Atau otak tak sehaluan dengan jiwa?

“Awak...” Tangan aku pegang dada. Nafas aku sesak. Rasa macam sukar nak bernafas. Aku pejam mata seketika. Apa yang perlu aku buat? Aku rasa kelu. Jadi macam bodoh tak tau nak fikir atau cakap apa-apa. Yang aku nampak, hubungan aku dengan Mr. Panda macam dah tak ada arah yang sama. Terpisah perlahan-lahan. Dan aku hanya mampu tengok.

“Acah aje. Baru cakap macam tu...dah tak cukup nafas. Sayang juga awak kat saya, kan?” Mr Panda ketawa kuat lepas cakap.


Zasssssss.....siaran tergendala...bersambung dalam novel


Mr. Panda senyum-senyum pandang aku. Dia bangun dan duduk mengadap aku. bersila juga. “Masalah kak long dah selesai?”

Muka aku dah tak ketat dengar soalan dia. Mujur dia nak ubah topik. Kalau dia tetap juga nak menyakat, memang aku wachaa dia masuk ke dalam sungai. Aku tukar posisi duduk. Bersimpuh semula. Lebih selesa begini daripada bersila. Tangan capai Cadbury blackforest. Baru aje nak siat pembalut, Mr. Panda dah ambil dulu dan bukakan untuk aku. Lepas patahkan sekeping, dia suap kat mulut aku. Disebabkan coklat tu dah cair sikit, aku terjilat lah jari dia sekali.

Rahang dia dah ketat menahan perasaan. “Fina...” Suara dia...perlahan semacam.

“Err...” Lekas-lekas aku jilat bibir yang sememeh dengan coklat cair. “Sorry.” Muka aku dah merah padam. Suka sangat tengok jari dia sampai nak makan...apa ke hal? Muka dah macam koleksi warna cat Nippon sekali lagi.

“Err...awak...saya nak balik. Dah lama kita kat sini. Nanti Abang Dan cari.” Aku masukkan semula makanan ke dalam bakul. Soalan dia pasal kak long aku tak jawab lagi.

“Fina...” Tangan dia pegang tangan aku yang sibuk susun makanan di dalam bakul. “Tunggu setengah jam lagi, boleh?” Amat berharap betul muka dia. Ni yang aku lemah. Dia suka benar guna nada dan cara pandang yang akan buat hati aku serba salah dan akhirnya mengalah.

“Okey.” Aku terus capai jus anggur. Sejak tadi aku teringin nak minum. Ketat pula penutup botol ni. Berkerut muka aku dibuatnya.

Mr. Panda hulur tangan. Botol bertukar tangan. Mudah aje dia membukanya. Aku menjenguk dalam bakul mencari cawan. Tak ada. Tak kan nak togok aje macam tu? Ermm...boleh la kut. Aku jarakkan sikit mulut botol dan mulut aku. Perlahan-lahan aku tuang air jus anggur masuk ke dalam mulut. Dua tiga teguk, aku berhenti. Belakang tangan lap bibir yang basah dengan sisa-sisa jus yang tumpah dari bibir.

“Ada straw tak mahu guna. Nak juga buat aksi.”

Terkesima aku pandang Mr. Panda keluarkan straw dari bakul. La...ceh! aku jeling kat dia. Dari tadi tak nak cakap! Kan dah buat aksi brutal.

Aku hulur botol jus anggur pada Mr. Panda dan capai Twisties. Sambil kunyah, aku mengadap sungai. Dah lama aku tak berendam dalam sungai ni. Kalau bawa baju tadi, dah tentu boleh buat kuak rama-rama.

“Betul ke tengah hari tadi keluarga Leha datang?” Tiba-tiba aje terluncur soalan tu dari mulut aku. Gerak hati yang perlukan pengesahan.

Mr. Panda angguk kepala sekali. Aku tarik nafas dalam-dalam. Bersedia nak dengar perkara yang mengejutkan.

“Awak memang tau dia nak datang?” Suara aku atur tenang. Tak naklah terkejut macam tadi. Terus buas aku jadinya.

Sekali dia Mr. Panda angguk.

“Risik awak?”

Mr. Panda geleng.

“Pinang awak?”

Lama aku tunggu jawapan Mr. Panda. Hati dah semakin berdebar-debar.

“Saja sesi perkenalan dengan bakal menantu. Sebenarnya saya tak tau Leha nak datang. Dia call saya pagi tadi. Dah separuh jalan pun. Tak kan saya nak halau dia. Masa dia sampai, saya tak ada kat rumah. Sengaja saya keluar dan sengaja saya tak cakap kat sesiapa Leha datang dengan famili dia. Abang Nan yang sambut mereka beria-ia.” Panjang lebar penjelasan Mr. Panda. Satu penjelasan yang buat hati aku mengeluh lega.

“Fina...” Mr. Panda mengesot duduk dekat aku. Tangan dia capai tangan aku. “Apa Abang Dan cakap dengan awak lepas kita balik dulu? Apa yang dia cakap sampai awak suruh kita bawa haluan masing-masing? Saya perlu tahu, Fina. Sebab saya rasa Abang Nan dan Abang Dan syak kita ada hubungan. Walaupun mereka tak cakap, tapi dari gerak laku Abang Nan... saya dapat rasakan yang dia tahu sesuatu pasal kita.”

Kulit wajah aku bertukar pucat. Jari jemari Mr. Panda aku genggam erat secara spontan. Mengukuhkan lagi telahan Mr. Panda yang aku sememangnya sedang menyembunyikan sesuatu.

“Dia cakap apa, Fina?” Mr. Panda renung aku. Tajam.

Aku tarik nafas berat. Kepala aku tunduk ke bawah sekejap sebelum lempar pandangan mata ke arah air sungai yang mengalir agak deras.

“Abang Dan tanya...kenapa saya boleh balik sama-sama dengan awak? Bila saya nafikan, dia kata dia dah check arrival schedule. Hanya penerbangan kita saja yang tiba waktu tu. Jadi mustahil kita naik penerbangan yang lain. Abang Dan kata dia tau kita belajar sama-sama kat Surrey. Dia terdengar budak-budak kampung awak bercerita....”

Memang pada mulanya Rashdan nak bawa aku balik. Tapi kak long pujuk. Katanya aku dah nak habis belajar. Rugi aje berhenti separuh jalan. Lagipun, mana boleh berhenti sesuka hati sebab aku di bawah tajaan. Memang panas hati dia dapat tahu aku satu universiti dengan Mr. Panda.

Masa kami terserampak kat KLIA hari tu, dia memang dah syak aku dengan Mr. Panda berkawan baik semula. Teruk aku kena soal siasat dengan Rashdan masa kat kampung. Sepanjang masa, ada aje orang suruhan dia...si Lukman tu yang ekori aku ke mana-mana aku pergi. Rupa-rupanya sampai ke KL Rashdan upah dia suruh intip aku. Sebab tu aku tak layan Mr. Panda. Rashdan kata, kalau dia tau aku ada sebarang hubungan dengan Mr. Panda, dia tak akan teragak-agak pukul mamat tu macam dulu.

Kalau tak mahu Mr. Panda cedera, aku tak boleh berkawan hatta bertegur sapa pun dengan Mr. Panda. Lepas dua tahun aku kena stalk dengan Lukman, agaknya Rashdan percaya yang aku dengan Mr. Panda tak ada apa-apa hubungan. Dia panggil Lukman balik kampung dan kerja semula jadi pengurus ladang limau bali. Terus Lukman jadi orang kanan Rashdan.

Lama Mr. Panda diam lepas dengar cerita aku. Agaknya dia kecewa dengan sikap Rashdan yang terlalu berdendam.

“Awak...” Aku genggam jari-jemari dia lagi. “Maaf ya...saya buat awak sakit hati selama ni. Saya tak mahu awak cedera macam dulu.” Air mata aku dah bergenang kat tubir mata. Bila aku kelip mata, sebutir demi sebutir air mata membasahi pipi.

“Sayang...” Lekas-lekas Mr. Panda usap pipi aku dengan jari dia. “Saya pun nak minta maaf sebab tak berani terus-terang dulu...”

Aku geleng kepala tanda tak mahu dengar dia sambung ayat tu. “Saya faham. Awak tak perlu cakap banyak kali.”

“Abang Nan pernah warning saya pasal awak. Dari awal lagi dia tau awak akan ke Surrey. Cuma dia tak lah ugut saya apa-apa. Dia pesan, jangan sesekali berangan nak bawa keturunan Rashdan pijak rumah dia. Jadi secara teknikalnya, saya boleh bawa awak ke mana saja...kecuali rumah dia.”

Terhambur gelak aku dengar kata-kata Mr. Panda. Dia pun ikut tergelak. “So...technically...kalau kita ada apa-apa hubungan, dia okey jelah, kan? Asalkan saya tak ikut awak balik rumah dia?” Aku macam tak percaya aje dengar kenyataan Adenan Semperit.

Mr. Panda angguk. “So...my dear...sekarang tinggal Rashdan aje yang perlu kita selesaikan. Pasal famili saya, awak tak perlu bimbang. Tau lah saya nak buat macam mana.” Konfiden sekali Mr. Panda nampaknya.

Aku hela nafas lagi. Berapa banyak main nafas daaa...

“Kita cuba settlekan perkara ni masa Raya Haji nanti. Panjangkan sikit cuti.” Aku bagi cadangan.

Mr. Panda angguk dan senyum. Kelegaan jelas terpancar di wajahnya. “Malam ni...saya pergi bilik awak lagi, ya?”

Muka aku dah semerah buah pic. “Tak payah la. Malam ni sure saya tidur lewat. Abang Dan nak ajak berborak panjang.”

“Esok balik bila?”

“Petang.”

“Gerak sekali.”

“Okey.” Aku senyum lebar. Lega. Gembira.


Monday, 21 October 2013

Assistant Pak Menteri~Bab 9



Untuk makluman, novel ini sedang dinilai untuk terbitan. Susunan bab tak sama di sini dengan versi novel. Bab ini versi belum edit. 

RAW YO!

Sungguh-sungguh aku tenung muka dia. Berdebar-debar pula aku rasa.

“Saya tak mahu dengar lagi awak minta kita berpisah. Saya tak mahu dengar lagi awak suruh saya pilih Leha. Keputusan saya muktamad. Awak..isteri saya dunia dan akhirat.” Dia tunduk dan cium bibir aku. Ciuman yang sekejap tapi penuh makna. “Janji?”

Aku angguk tanpa suara.

Dia senyum sambil usap pipi  aku lagi. “Petang ni jumpa saya kat tempat dulu.”

“Kat tepi sungai tu?” Berzaman aku tak ke situ. Eksaited pula rasanya.

Mr. Panda angguk. “Kita lepak macam dulu.” Dia senyum.

“Okey.” Aku tegakkan dua jari buat simbol peace. Suka sangat buat simbol tu walau tak ada kena-mengena dengan ini cerita...hahaha.

Bila aku masuk bilik lepas mandi, Mr. Panda dah tak ada. Dah balik la tu. Rasa macam simpan kekasih gelap aje rasanya. Masalahnya dia tu suami aku...err..kira macam suami gelaplah, kan? Usai solat subuh, aku jejak dapur tolong kak long sediakan sarapan pagi.

“Fina, Adam request nak omelete. Katanya dah lama tak makan omelete makcu.” Kak long tegur aku. Dia tengah sibuk siapkan sambal udang.

“A’eye chief!” Aku beri tabik hormat sebelum serang peti ais. Semua bahan-bahan berkaitan omelete aku bawa keluar. Gedebang gedebung jugaklah bunyi peti ais aku kerjakan.

“Adik!” Dahi aku kena jentik. Ouchh! “Kalau buat kerja tu tak pernahnya macam perempuan.”

Aku tarik muka masam pandang Rashdan. Susu dan keju cheddar aku letak atas meja sambil kaki tendang pintu peti ais sampai tutup. Rashdan dah bagi jelingan maut. Makin aku panjangkan muka. Ambil bekas nak bancuh telur pun macam nak gaduh.

“Alololo...adik abang! Rindunya kat pipi gebus dia!” Tangan Rashdan cubit dan tarik dua-dua belah pipi aku sampai kulit muka streching. Gila lebar dan penyek aje aku rasa muka aku sekarang ni. Lepas dah tarik-tarik pipi aku, dia gomol pula kepala aku sampai kusut rambut macam Kak Limah Kg Pisang. Akhir sekali barulah dia peluk aku kuat-kuat.

“Kenapa tak makan sama-sama malam tadi?” Dia kepit kepala aku celah ketiak. Buku lima dia dah genyeh-genyeh atas kepala aku buat pusingan. Makin mengusutkan rambut aku. Ish...kalaulah Mr. Panda nampak apa yang Rashdan buat kat aku, mau angkat parang laki aku tu. Inilah Rashdan...abang aku yang anggap aku macam adik lelaki dia. Walau banyak kali dia ingatkan yang aku ni budak perempuan. Konpius!

“Abang!” Aku tolak Rashdan, kasar. “Adik bukan budak-budak lagi la nak buat macam ni!” Aku betulkan balik rambut aku. Sikat guna jari sampai nampak terurus sikit. Aku tak dapat bayangkan cemanalah Rashdan layan kak long kalau mereka berdua. Ganas juga macam ni ke? Ha...suatu hari nanti aku nak tanya. Serius teruja nak tau.

“Ala..janganlah marah. Abang rindu nak gurau-gurau dengan adik. Lama dah adik tak balik, kan?” Rashdan tarik stool  dan duduk depan aku yang tengah pecahkan telur satu persatu.

“Adik busylah!” Nada suara aku masih keras. Protes.

“Busy...busy...itu jelah alasannya.” Rashdan capai pisang berangan. Siat kulitnya dan makan.

Pagi-pagi lagi dah makan pisang. Macam monyet! Aku ejek dalam hati.

“Macam abang tak busy. Nak ajak pegi makan angin kat Gold Coast Morib pun berkira. Suruh hantar kak long dengan budak-budak, tak nak pulak.” Aku sindir balik.

Kak long kat belakang aku dah ketawa tertahan-tahan sebab dengar aku bebelkan laki dia. Tentu kak long ketawakan muka Rashdan yang masam-masam kelat. Hanya aku aje yang boleh buat Rashdan macam tu. Dengan orang lain, Rashdan memang bengkeng. Dengan kak long pula mcm Mr. Arrogant. Cakap dengan bini tak pernahnya nak lemah lembut. Keras aje. Hairan aku. Kalau aku jadi kak long, mau hari-hari aku makan hati ulamkan jantung sebab kena mengadap laki yang tak romantik langsung. Udahlah tak romantik, ada hati nak cemburu membabi buta.

Rasa nak aje aku klorox Rashdan pagi-pagi tu. Tapi kalau serang dia tanpa strategi, memang kalah. Dah tentu kak long jadi mangsa sebab mengadu kat aku. Dia cukup tak suka kalau kak long libatkan orang lain dalam hal rumah tangga mereka. Bagi aku, tindakan kak long tak salah. Lagipun kak long mengadu dengan aku. Bukannya orang luar. Hanya aku sorang aje yang boleh berunding dengan Rashdan.

“Kak long grad bila?” Aku mula atur strategi.

“Ada satu sem lagi. Awal tahun depan kalau tak ada apa-apa, gradlah.” Kak long berpaling seketika kat kami sebelum sambung masak sambal nasi lemak. Harum betul baunya. Kecur air liur aku. Lama tak makan nasi lemak kak long. Dan sambal udang tu ialah kegemaran aku.

“Waahh...dah tak lama tu. Salute arr pada kak long. Sibuk-sibuk urus anak dengan laki yang macam monyet ni, masih mampu lagi sambung belajar.” Aku jeling sekilas kat Rashdan sebelum campak kentang dan cendawan butang yang dah kudadu ke dalam bekas. Aku capai bawang holland dan mula mendadu.

Rashdan buat muka toya dengar kutukan aku. Dia capai lagi sebutir pisang. Makan dengan gaya nak lepaskan geram.

“Minggu depan kak long ada kelas, kan?” Aku lancar lagi strategi serangan hendap.

“A’ah. Kelas terakhir bulan ni sebelum final exam.” Kak long masih macam tadi. Memberikan sokongan penuh kepada rancangan aku walaupun dia tak tau pun apa yang aku rancangkan.

“Nanti lepas habis kelas, adik ambik. Dah lama kita tak lepak sama-sama. Tidur kat umah adik la pula. Rumah Auntie Mama dah selalu.” 

Kalau kak long ke KL hadiri kelas, dia akan bermalam di rumah ibunya di Wangsa Maju. Anak-anak buah aku semua kena angkut sekali. Kadang-kadang Rashdan ikut. Tapi selalunya dia balik lepas hantar kak long dan anak-anak. Hari Isnin atau Selasa baru dia jemput isteri dan anak-anak dia balik kampung.

“Adik harap kak long kuat semangat sampai ke akhirnya...dan...” 

Aku toleh pandang Rashdan kat depan aku. Tiga butir pisang dah masuk dalam perut dia. Satu butir lagi dia baru capai. Dah macam Minion aje aku tengok dia ni. Gila banana! Err...aku cakap apa tadi erk? Haaa... 

“...adik harap gak yang abang akan support kak long sampai berjaya genggam Master. Nanti...dapat gak kak long tolong abang uruskan bisnes.” Aku mula masuk jarum emas perlahan-lahan.

Muka Rashdan ketat semacam. Aku tahan gelak. Tau pun terasa sebab kena sindir. Niat lagilah jahat-jahat nak halang bini teruskan belajar. Sikit-sikit nak cemburu. Pantang kak long borak dengan lelaki lain, mesti panjang aje leher Rashdan memantau. Dengan uncle Samy jual roti pun dia boleh cemburu. Cemanalah kak long boleh tahan layan suami muda macam Rashdan ni? Langsung tak matang!

Sayup-sayup aku dengar Adele memanggil. Sapa pula yang telefon aku pagi-pagi ni? Aku tinggalkan adunan omelete dan berlari anak masuk ke bilik yang memang bersebelahan dengan kawasan dapur.

Nama Mr. Panda berkelip-kelip kat skrin iPhone. Aku senyum sambil swipe screen.

“Hai sayang. Bangun dah?” Dia tanya dengan nada yang bisa buat lutut aku cair.

“Kan sebelum subuh tadi dah bangun dengan awak?” Aku tutup pintu bilik. Takut Rashdan curi dengar.

Mr. Panda gelak sebelum jawab, “Manalah tau kalau awak sambung tidur balik. Tapi mesti tak lena sebab saya tak ada kat sebelah awak.”

“Perasan!” Aku cemik muka. Macamlah dia boleh nampak. “Selama ni saya tidur sorang, okey aje!”

“Sayang...once we’re together, you never want to be alone anymore.”

Tegak bulu roma aku dengar ayat dia. Masih terasa lagi kehangatan dia peluk aku.

“Whatever!” Lekas-lekas aku tolak imej nakal yang menerpa fikiran. “Saya nak buat breakfast Adam. Jumpa petang nanti.” Aku terus putuskan talian. Segan sebenarnya nak terus bercakap dengan dia. Episod malam tadi masih segar dalam ingatan aku.

Lepas simpan iPhone dalam beg (kena sorok sebab takut Adam main), aku kembali ke dapur. Tapi langkah aku mati bila menyaksikan satu babak yang buat muka aku merah padam semerah-merahnya. Lekas-lekas aku sembunyi belakang dinding. Lepas urut dada, aku intai perlahan-lahan.


OOPPSSSSS...kena potong....hahahaha



“Ehem!” Aku deham kuat-kuat sambil masuk dapur dengan selamba. “Get a roomlah, abang. Tak menyabar. Sapa suruh makan pisang sampai empat butir. Kan dah terlebih tenaga.”

Terus badan Rashdan tegak. Telinga dia merah. Tubuh kak long dilepaskan agak kasar. Sampai terhuyung hayang kak long jadinya. Rashdan toleh pandang aku. Muka dia merah padam. Alamak! Lama dah aku tak nampak muka tu. Bahaya ni. Tak payah nak fikir panjang, aku terus hayun langkah beribu lari keluar dari rumah. Kat belakang, Rashdan dah kejar aku.

Habislah badan aku kena rendam dalam petak sawah. Bau lumpur nanti. Tidak!!!!

@Que Sera Sera |