Sunday, 15 September 2013

Assistant Pak Menteri~Bab 1

Untuk makluman, novel ini sedang dinilai untuk terbitan. Dan bab ini bukan bab satu dalam novel. Bab ini versi belum edit. 
RAW YO!

MATA aku meliar mencari kedai jual barangan Apple. Rasa aku kat tingkat atas ni. Tapi belah mana? Walaupun selalu pergi Alamanda ni, tapi disebabkan aku tak ada sebab nak cari kedai tu, aku pun buat tak tau ajelah lokasinya. Kali ni bila aku ada sebab kukuh nak pergi, baru terhegeh-hegeh nak mencari.

            Tersenyum lebar bibir aku bila nampak panel informasi yang memaparkan maklumat kedai-kedai yang ada kat tingkat tu. Laju aje jari aku larikan atas panel licin tu mencari kedai Apple. Oh...patutlah tak jumpa. Aku cari Apple Store. Padahal namanya MAC Store...apa daa...

            Aku berpaling cepat sebab eksaited nak terjah kedai tu. Gedebuk! Adoyai! Aku usap dahi. Bila kala pulak ada tiang kat sini? Aku dongak kepala. Laa...bukan tiang. Tapi orang. Dia senyum pandang aku.

            Air liur aku telan payah. Jantung mula nyanyi lagu Selamanya Harimau Malaya...hey le le le le le le...oooh...ohhh...hey le le le le le le aahh...ahhh. Kenapa aku ternyanyi lagu ni dalam hati? Sebab mamat yang tegak depan aku ni penyokong tegar Harimau Malaya. Dulu selalu aku dengar lagu ni berkumandang. Tapi sekarang...tak lagi....

            “You...”

Baru aje nak layan perasaan, aku dah dengar suara gedik mendayu tak jauh dari kami. Terpejam mata aku sekejap menyeru semangat kesabaran. Aku tarik nafas dalam-dalam sebelum buka mata.

“Sorry,” Aku pura-pura minta maaf. Pura-pura buat konon-konon aku terlanggar mamat ni. Kepada perempuan yang muncul di belakang mamat tu, aku senyum biasa-biasa sebelum kaki aku ayun laju-laju tuju MAC Store.

Aku tak peduli! Aku nak beli juga iPad mini tu. Walaupun pada mulanya aku setakat nak usha sambil congak-congak simpanan untuk dua tiga bulan akan datang. Disebabkan hati aku tiba-tiba panas macam telan durian Musang King berbakul-bakul, aku NAK beli juga tablet tu. Berhutang dengan kad kredit pun aku sanggup! Panas hati punya pasal.

“Warna putih ada?” Aku tunjuk kat iPad mini display atas meja.

Budak lelaki tinggi lampai yang senyum kat aku tu nampak terkejut. Alih-alih aje aku terus tanya tanpa balas senyuman pemanis dia.

“Err...saya check jap?” Dia pandang skrin MAC depan dia. “Emm...ada kak. Satu aje lagi. Akak nak ke?” Makin manis senyuman mengumpan dia.

“Boleh. Berapa ya?” Yakin sungguh aku menyatakan rasa setuju. Padahal aku tak congak lagi baki kredit aku pada kad. Buatnya terlebih dan kad kena tendang, buat malu aje 44 keturunan!

“Kalau akak amik dengan pelan data sekali, harga device 16GB RM1,349. Kalau 32GB, RM1,1649. Kalau 64GB, RM1,949.”

Gulp. Aku telan air liur. Payah sekali. iPad kat tangan aku pandang sayu. Kalau menabung dari gaji hujung bulan ni...tiga bulan lagi baru boleh dapat beli. Itu pun yang 16GB aje. Dah lah iPad ni bukan macam tablet lain yang boleh tambah kapasiti memori. 16GB tu rasa macam tak cukup aje untuk kegunaan aku yang suka download macam-macam movie.

Baru aje aku nak buka mulut cakap terima kasih sebab budak tu sudi layan aku, tiba-tiba suara lain yang berkumandang.

“Dik, ambil 32GB tu satu ya.”

Aku malas nak toleh sebab aku cam sangat suara tu. Dia pesan iPad macam pesan ais krim yogurt kat Tutti Frutti aje. Bila budak tu jemput mamat tu duduk depan dia untuk urusan pembelian, perlahan-lahan aku menyelinap keluar dari kedai dengan bungkam. Perempuan tadi yang berkepit dengan mamat tu nampak macam gedik sangat. Makin membara hati aku.

Udahlah tak dapat beli iPad. Hati kena lapah-lapah pula. Tutti Frutti aku datang!

“KATA nak beli iPad? Mana dia? Aku nak tengok.”

            Soalan Nani buat hati aku yang sejuk terkena Tutti Fruitti tadi kembali membuak. Aku hempas beg dalam laci.

            “Tak kan tanya pun marah.” Nani dah macam kecik hati tengok sikap aku yang macam lapar orang.

            “Aku bukan marah kau.” Aku henyak punggung atas kerusi. “Aku marah sebab aku tak mampu lagi nak beli benda alah tu. Over budget!” Skrin PC aku tenung tanpa perasaan. Minit mesyuarat semalam belum habis taip lagi. Kejap lagi bos aku balik lunch, mesti dia tanya.

             Dengan malas, aku pegang tetikus dan cari fail minit.

“Simpanlah duit sikit-sikit. Nanti mampulah tu.” Nani dah kembali ke tempat duduknya.

Sebenarnya boleh aje kalau aku nak pau Rashdan suruh belikan. Tapi...selalu sangat pau dia sampai aku ni macam tak reti nak berdiri di atas kaki sendiri. Kereta dia dah bayar tiap-tiap bulan. Aku cuma bayar duit minyak aje termasuk bil-bil dan belanja harian. Kalau ikutkan, gaji aku cukup aje. Cuma nak menyimpan tu liat sikit sebab aku ni suka shopping! Tapi bulan depan aku kena mula menyimpan kalau nakkan iPad mini yang hensem tu.

RM600 sebulan. Cukup tiga bulan, dapatlah sebijik. Yippa. Kena ikat nafsu shopping kat Zalora dan Lazada nih.

“Assalamualaikum.”

Terdengar suara lelaki memberi salam diikuti sambutan salam oleh beberapa orang staf perempuan. Aku jawab salam sambil mata masih kat skrin tapi jari laju aje mengetuk keyboard. Sesekali aku jenguk catatan tulisan tangan dalam organizer.

“Dah siap?” Encik Asyraf berdiri depan meja aku.

“15 minit, Encik Ash.” Aku senyum sambil pandang dia sekilas sebelum tumpukan pada tulisan ala doktor aku tu. Tengok muka Encik Asyraf manis hensem macam tu, terubat hati yang lara.

“Nanti dah siap, print dan hantar pada saya. Ada perkara nak bincang dengan awak. Pasal meeting next week.”

Aku angguk tapi mata masih kat skrin. Encik Asyraf dah biasa tengok aku acuh tak acuh macam tu. Kalau tengah buat kerja, memang aku serius. Letaklah Damon Salvatore kat depan aku pun, aku tetap teruskan kerja. Ceh...ya ya aje!

“Kau selamba aje depan dia, kan? Jual mahal ke?” Nani melontar suaranya dari kubikel sebelah sana.

“Mahal tak. Murah pun tak. Aku tak menjual. Dia pun tak membeli.” Aku jawab selamba.

Bibir Nani dah mencebik. “Sombonglah kau ni. Taulah...kau ada akses untuk dekati Mr. Ashraf Sinclair tu. Pura-pura tak berkenan konon.”

Muka Encik Ashraf memang ada iras Ashraf Sinclair. Nama depan pun sama. Cuma Encik Ashraf tak pakai cermin mata. Aku terus diamkan diri. Malas nak layan Nani. Lagi dilayan, lagi panjang pula borak dia. Kerja aku tak siap, aku yang kena marah. Bukan dia.

BARU aje aku bangun sambil pegang kertas minit, tiba-tiba sorang budak despatch yang aku cam mukanya dah tersengih-sengih pandang aku sambil bawa satu beg kertas.

            “Untuk Encik Ash ke?” Aku tanya bila dia letak beg kertas warna coklat atas meja aku.

            Mat Tahir geleng kepala. Masih menyengih tayang giginya yang mancung tapi nampak manis.

“Untuk siapa pula?” Aku buat muka hairan.

“Untuk akaklah. Saya pergi dulu ya.” Dia jalan undur sambil sengih-sengih.

“Tahir!” Aku memanggil. Tapi selamba aje Mat Tahir buat tak dengar.

Aku geleng kepala. Isi beg kertas coklat aku keluarkan. iPad mini warna putih? Nyaris tak terlepas kotak iPad tu sebab buat aku terkejut. Whoa...ini dah macam bela jin dalam lampu ajaib. Siapa pula yang bermurah hati derma iPad mini idamanku ni? Aku selongkar beg kalau-kalau ada kad atau nota. Tapi tak ada.

Punggung aku henyak kuat atas kerusi. Kotak iPad masih aku pegang. Tak terfikir kat benak aku dalang yang hadiahkan iPad tu pada aku. Tak kan Rashdan kut? Dia mana tau aku mengidam iPad. Sebab kalau dia tau, awal-awal masa keluar dulu aku dah dapat sebiji. Aku kan buah hati pengarang jantung dia nombor satu. Bini dia pun jatuh nombor dua. Kesian kakak ipar aku tu. Mujur dia tak kisah.

Bunyi mesej Whatsapp masuk mengejutkan lamunan aku. Skrin iPhone aku swipe dengan jari. Tekan ikon Whatsapp. Satu mesej muncul dan buat aku keluh panjang...kesal dan sebal. Memanglah iPad tu idaman aku. Tapi  bila dibelikan dan diberikan oleh orang yang buat aku meluat, rasa dah tak ada nilai pula benda tu.



Kotak iPad aku masukkan semula dalam beg kertasnya. Kemudian beg kertas tu aku simpan dalam laci dan kunci. Lepas jumpa Encik Ashraf kejap lagi, aku nak minta izin keluar sekejap. Nak pulangkan iPad idaman yang aku tak sudi nak terima. 

6 comments:

  1. wohooo..bestnye dpt ipad..untungnye la kan...klu xnk meh bg oshin...bufday br jerk lps nie..kekekeke :p

    ReplyDelete
  2. Hantarlah ke sini iPad mini tu.
    Terima dengan tangan terbuka.

    ReplyDelete
  3. novel ni dah terbot. bleh order kat sini http://penerbitanpenamagis.blogspot.com/p/pesanan-assistant-tuan-menteri.html

    ReplyDelete

@Que Sera Sera |