Wednesday, 18 September 2013

Assistant Pak Menteri~Bab 2

Untuk makluman, novel ini sedang dinilai untuk terbitan. Dan bab ini bukan bab dua dalam novel. Bab ini versi belum edit. 

RAW YO!


KONON-KONON nak keluar, tapi perbincangan dengan Encik Ashraf ambil masa sampai pukul 4.00 petang. Terburu-buru aku berkejar ke surau. Zuhur belum lagi. Itulah padahnya lewatkan solat. Mujur tak terlajak Asar.

            Lepas solat, memang tak sempat kalau aku nak berkejar ke Treasury. Nampaknya kena tunggu pukul 5 juga. Mujur mamat tu bukan jenis balik tepat pada waktu. Dia selalu kerja lebih masa. Rajin sangat!

Tepat pukul 5, berdesup aku bawa Preve pergi pusing kat MOF. Lepas letak kereta, aku cari kereta mamat tu kat tempat dia selalu parking. Minta-minta hari ni dia tak balik lewat sangat. Mau aku berlumut tunggu dia kat sini. Dan harap-harap juga si minah gedik tu tak menumpang dia balik.

Sambil tunggu dia, sempat lagi aku layan Candy Crush Saga. Kalau main kat iPad mini, lagi puas. Skrin besar. Aku jeling beg kertas kat tepi kaki aku. Tahan godaan nak terima iPad mini tu. Kalau aku terima juga, musnah rancangan yang aku atur selama ni.

Bunyi tapak kasut yang menghala ke arah aku, buat aku terus tegakkan badan. Terintai-intai aku di balik tiang. Lelaki yang aku tunggu-tunggu tengah berjalan ke arah aku. Mujur dia sorang aje. iPhone aku simpan dalam beg. Sambil capai beg kertas, aku tunggu dia dengan debar yang menggila. Walaupun cuak nak berhadapan dengan lelaki tu, aku terpaksa beranikan diri.

Dia nampak terkejut bila nampak aku kat sebalik tiang, berdiri kat tepi Honda City putih miliknya.

“Terima kasih. Tapi saya tak perlukannya.” Aku hulurkan beg kertas kepada dia. Muka serius aje. Tapi dalam hati, jantung aku meloncat-loncat nyanyi lagu Harimau Malaya.

Muka dia nampak bengang. iPhone yang dibeleknya sambil berjalan tadi disimpan dalam saku seluar.

“Awak buat saya rasa nak marah.” Garang aje bunyi suara dia walaupun dia cakap perlahan.

Aku dah berkira-kira nak letak aje beg kertas tu atas lantai dan cabut lari dari situ sebelum dia betul-betul marah.

“Maaf...saya tak boleh terima.” Aku depankan sikit badan dan letak beg kertas atas bumbung kereta. Niat di hati memang nak lari.

Tapi belum sempat aku buka langkah, dia dah peluk aku dari belakang. Sebelah tangan dia silang kat dada, sebelah lagi kat pinggang. Nak aje aku jerit. Tapi bila fikirkan malu, aku terus terdiam.

“Kenapa?” Dia cakap kat telinga aku. Mujur aku pakai tudung. Jadi taklah rasa geli sangat bila dia buat macam tu. Cuma badan aku dah seram sejuk sebab kena peluk erat macam tu. Dah lama kut dia tak peluk aku...dua tahun agaknya kami tak macam ni.

“Lepaskan saya!” Aku tolak-tolak tangan dia. Tapi makin kuat dia peluk sampai aku sesak nafas pula.

“I miss you.” Bibir dia dah melekap kat pipi aku. Tubuh terasa semakin hangat.

“Awak...kalau ada orang nampak...” Aku cuba berunding.

“Biarlah.” Bibir dia masih kat pipi aku. Hembusan nafas dia buat kulit pipi aku merah menyala.

Bunyi hilai tawa perempuan tiba-tiba buat dia gelabah. Kelam kabut dia tekan alarm dan buka pintu kereta belakang. Tubuh aku dia dorong masuk sampai terbaring. Beg kertas atas bumbung dia capai dan dia masuk sekali dalam kereta, hempap badan aku.

Mulut aku dah terbuka nak menjerit. Tapi dia tekup dengan tapak tangan. Pintu kereta dah tutup dan dia buat isyarat suruh aku diam. Aku angguk. Lalu dia lepaskan mulut aku.

Bunyi suara orang bercakap-cakap mula kedengaran. Aku dan dia matikan diri. Berdebar-debar menunggu si pengacau supaya lekas beredar. Mujur cermin kereta dia gelap. Dengan suasana suram tepat letak kereta bawah bangunan tu, aku rasa si pengacau tu tak akan nampak kami. Lainlah kalau si pengacau tu tekap muka dia dekat-dekat kat cermin kereta.

Tapi apa motif dia nak buat macam tu. Bukannya si pengacau tu tahu pun aku dengan dia ada dalam kereta. Harap-haraplah begitu.

“Eh...tak ada. Tadi nampak macam dia dah balik.” Aku dengar suara Leha kat belakang kereta dia.

“Cubalah call,” gesa kawan Leha.

Masa tu kelam kabut dia capai iPhone dari poket dan terus mute. Beberapa saat kemudian, telefon dia bergetar. Dia mengeluh lega. Tau pun takut Leha nampak aku dengan dia baring bersusun kat dalam kereta ni. Dahlah kaki terlipat. Badan kena himpit pula. Kedudukan dia lagi tak selesa agaknya sebab kaki dia lagi panjang. Padan muka!

“Tak jawab.” Suara Leha macam merajuk.

Meluat aku. Tika tu aku terpandang muka dia. Dia senyum. Sukalah tu tengok aku buat-buat menyampah kat Leha.

“Jomlah tumpang I balik. Kereta you masih kat bengkel, kan?” tawar si kawan.

Aku doa-doalah supaya Leha setuju. Buatnya Leha nak juga tunggu mamat ni, mati lemas dan kepanasan aku baring macam ni dengan dia kat atas aku.

“Okeylah. Izz tu kalau meeting, tak pernahnya sekejap.” Suara Leha ada nada rajuk. Agaknya dia ni suka layan perempuan gedik kuat merajuk macam Leha kut. Yang bajet manja-manja kucing gitu. Bukan macam aku. Keras kejung tak ada perasaan. Garang pulak tu kalau tengah marah.

Bunyi tapak kasut tumit tinggi semakin jauh. Aku mengeluh lega. Badan dia aku tolak. “Bangunlah. Saya lenguh ni.” Berkerut-kerut dahi aku.

Mujur dia sudi nak bangun. Kami sama-sama duduk bersandar dan mengeluh lega. Aku toleh pandang cermin belakang. Kemudian toleh kiri kanan. Tengok-tengok ada orang ke tidak. Aku nak keluar dari kereta ni. Berbahang rasanya.

Tapi tak sempat nak buat apa-apa, dia dah cengkam pergelangan tangan aku.

“Tunggu.” Sepatah arahan dia.

“Panaslah!” Aku balas garang. Tangan, aku tarik kasar.

“Saya akan lepaskan tangan awak, kalau awak sudi terima iPad mini tu.” Dia bagi syarat.

“Tak payahlah susah-susah bazir duit untuk saya.” Macam jauh hati aje nada suara aku. Jauh hati ke aku selama ni? Atau aku yang buat dia jauh hati?

“Lagi susah kalau awak tak mahu terima. Kalau pun awak tak terima saya, sekurang-kurangnya terimalah pemberian saya. Berapa lama awak nak himpun dosa?” Dia lepaskan tangan aku. Pintu kereta dia buka dan dia keluar.

Kata-kata dia sebentar tadi buat tubuh aku semakin panas membahang. Rasa macam disentuh api neraka!

8 comments:

  1. Heeerrrr panas.... memang panasssss....;-)

    ReplyDelete
  2. Pe hbgan sebenar diaorg? Suami isteri...tapi duk asing2 d sbbkn slh faham?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kna masuk group QSS kat FB. kat situ ada teaser kisah2 mrk...hehehe

      Delete
  3. Dorang niy hubby n wife kan cik Que .. Amboi pandai u panaskn hati i niy.. Hmm ,

    ReplyDelete
    Replies
    1. yer hubby n wifey gitew. kalo nak tau cemana depa leh kahwin, kena baca Kisah Dari Hati...coming this October

      Delete
    2. Kisah dr hati x leh order kt sni ke?

      Kire ni cite romeo juliet tu la ye?

      Delete

@Que Sera Sera |