Saturday, 28 September 2013

Assistant Pak Menteri~Bab 4

Untuk makluman, novel ini sedang dinilai untuk terbitan. Susunan bab tak sama di sini dengan versi novel. Bab ini versi belum edit. 

RAW YO!


FINA...saya cintakan awak!

            Kata-kata Mr. Panda hari tu buat perasaan aku kembang hari-hari. Kalaulah masa kat Surrey dulu dia cakap macam tu, aku tak akan takut lawan cakap Rashdan. Jadi selama ni aku memang tak bertepuk sebelah tangan? Memang sejak dulu lagi Mr. Panda cintakan aku?

            Hati rasa macam nak lompat sampai ke bintang. Jantung pula rasa macam nak menari di atas pelangi. Kini barulah aku rasa ada satu kekuatan dalaman bagai menolak-nolak keberanian aku yang selama ni menipis. Dulu masa kecik, selamba aje aku lawan cakap Rashdan. Hingga dia yang dengar cakap aku. Tapi bila aku semakin dewasa, keadaan jadi terbalik. Aku semakin takut dan Rashdan dah semakin diktator.

            Aku perlu kuat dan berani macam dulu. Aku dah ada sebab kukuh kenapa aku perlu berani. Cinta aku dengan Mr. Panda akan selamatkan hubungan kami. Kononnya dulu kami kahwin sebab nak damaikan Rashdan dengan Adenan. Tapi misi tak menjadi. Rancangan kami hancur jadi debu.

Kalaulah dari awal kami akui perasaan cinta tu wujud, tak payah susah-susah aku lari daripada dia dan tambah dosa hari-hari. Jadi sekarang, apa yang aku patut buat?

Satu, keluar sekarang juga. Pi ketuk pintu umah dia. Kemudian, terus sujud kat kaki dia minta ampun dan maaf. Terus berjanji nak jadi isteri mithali dia sehingga ke hujung nyawa. Teruskan rancangan asal iaitu damaikan Rashdan dan Adenan.

Dua, perlahan-lahan perbaiki hubungan ni. Kenali hati budi masing-masing dengan lebih mendalam lagi. Kemudian, biar takdir yang tentukan hala tuju rumah tangga kami. Bila kami dah settle, baru teruskan rancangan nak damaikan Rashdan dan Adenan.

Tiga, terus bagi layanan bahu sejuk. Moga-moga dia bosan dan kahwin dengan Leha. Jadi nyawa dia pun selamat. Aku, duduk diam-diam makan hati ulam jantung cicah budu. Kalau Encik Ash masuk meminang, terima ajelah. Moga-moga aku dapat lupakan Mr. Panda. Rashdan dan Adenan akan terus bergaduh sampaikan tujuh keturunan.

Pilihan satu dan dua nampak memikat. Pilihan ketiga...bab layanan bahu sejuk tu aku boleh maintain. Tapi nak bagi dia kahwin dengan Leha? Mahu pecah jantung kalbu aku dibuatnya. Aku taklah sepemurah tu nak hadiahkan Mr. Panda kat Leha atau mana-mana perempuan. Memang aku kesian pada Leha. Tapi aku kena kasihankan diri aku juga, kan?

“Cik Fina!”

Suara tegas Encik Ashraf buat aku terkejut. Terpinga-pinga aku pandang muka dia. Eh? aku kat pejabat ke? Laa...bukan kat umah? Mati-mati aku ingat kat umah. Gila betul mengelamun sampai tak sedar masa.

Encik Ashraf dah geleng kepala. “Macam mana awak nak ganti saya ni? Jadi pegawai khas menteri bukan kerja main-main tau.” Tiba-tiba nada suara Encik Ashraf serius bukan main. Tak pernah dia marah kat aku selama ni.

Aku dah terkebil-kebil dongak leher pandang dia yang berdiri depan meja aku. Malu juga rasanya kena tegur dengan pegawai senior. Padan muka. Berangan sampai balik rumah.

“Petang ni Datuk Seri ada meeting penting. Saya nak awak catat minit. Pegawai yang jadi Setiausaha Jawatankuasa dah berpindah ke kementerian lain.”

Aku telan air liur. Selama ni aku tak pernah masuk mesyuarat jawatankuasa yang besar macam tu yang melibatkan Datuk Seri. Aku cuma tunggu kat luar bilik mesyuarat jadi tukang jaga barang dan tukang urus. Payah tugas baru ni. Rasa macam nak terkucil. Kalau salah ambil minit, mampos aku!

“Saya nak awak study semula minit-minit dalam fail ni. Pastikan awak faham sefaham-fahamnya apa yang dibincangkan.” Encik Ashraf sorong fail bertanda sulit pada aku. Fail ni aku tak pernah tengok lagi. Alamak...tebalnya. Sempat ke aku nak menelaah? Macam nak ambil exam aje dah ni. 

“Meeting pukul 2.30 petang. By 2.00, awak dah kena ready tunggu Datuk Seri kat bawah.”

“Err...Encik Ash ada sekali?”

Lama Encik Ashraf pandang muka aku sampai aku rasa libang libu. Lain macam pula cara dia tenung aku. Tadi macam marah. Sekarang macam lain aje. Napa ek? “Dah tentu saya ada. Awak belum boleh berdikari lagi.” Dia senyum sebelum tinggalkan aku terkulat-kulat kat bilik. Fuh...tergugat iman bila Encik Ashraf senyum macam tu.

Aku pun manusia biasa juga. Kalau ada mahkluk hensem yang senyum macam Encik Ashraf tadi, maunya aku tak cair. Lepas tepuk-tepuk pipi bagi sedar diri yang aku ni bini orang, aku terus buka fail kulit keras. Sehelai demi sehelai minit mesyuarat aku tekuni. Kena faham betul-betul ni. Nanti orang lain cakap bahasa Melayu, aku salin jadi bahasa Uganda. Memang kena pelangkung kangkung dengan Pak Menteri ler nanti.

Kusyuk sangat menelaah minit, aku tak sedar dah hampir pukul satu tengah hari. Alamak! Sempat ke nak makan ni? Pukul 2.00 jap lagi kena ready tunggu pak menteri. Aku terus bangun dan capai dompet. Mesti orang dah ramai kat kafe. Selalu aku turun awal tapau makanan. Hari ni macam sibuk sangat sampai tak sempat.

Aku sorang aje ada kat lobi tunggu lif. Orang lain semua dah turun awal-awal. Baru aje aku nak tekan butang lif, tiba-tiba ada tangan paut pinggang aku, tekup mulut aku dan seret aku ke tangga kecemasan. Aku dah panik gila. Orang gila mana pula dah kidnap aku kat pejabat kerajaan ni? Bukan ke bangunan ni tinggi tahap keselamatannya?

Muka ada dah pucat bila penculik tu pusingkan badan aku mengadap dia.

“Sorry sayang. Buat awak macam ni. Saja nak surprise. Surprise tak?” Mr. Panda sengih tanpa rasa serba salah.

Rahang aku macam nak jatuh ke lantai. “Awak!” Aku jerit geram sambil tumbuk-tumbuk dada dia. Tapi cepat aje dia tangkap pergelangan tangan aku. “Mujur saya ni tak ada penyakit lemah jantung. Kalau tak, jadi duda awak, tahu!” Aku rentap tangan aku sekuat-kuat hati sampai lepas. Surpriselah sangat, kan?

“Saya tak mahu terserempak dengan sesiapa. Terutama Ash.” Bibir Mr. Panda masih menguntum senyuman. Langsung dia tak rasa bersalah sebab buat aku terkejut king kong tadi.

“Sayang nak pergi makan, ke?” Selamba aje dia tanya lepas tu. Macam tanya, masak ke, pada orang yang sedang masak.

“Tak lah. Saya nak pergi zoo.” Aku balas geram. Jam kat tangan aku pandang. Dah pukul satu. Alamat tak sempatlah ni.

“Saya dah tapau untuk awak. Jom makan.” Mr. Panda capai tangan aku. Dia suruh aku duduk atas tangga. Satu bekas polistirena dihulur padaku. Kali ni aku betul-betul terkejut. Tapi terkejut yang bahagia. Terusik gak jiwa aku dengan sikap dia yang caring macam ni.

“Kalau sayang turun kat kafe tu, makanan banyak dah habis. Penuh pula tu. Nanti kena jalan jauh nak cari makanan. Tak sempat pula nak meeting petang ni.” Mr. Panda bukakan penutup air mineral dan hulur pada aku. Dia tau kebiasaan aku akan basahkan tekak dulu sebelum mula makan.

“Mana awak tahu saya ada meeting?” Aku pandang dia sambil minum air dengan straw.

“Meeting sekali nanti.” Dia senyum.

Aku tersedak. Tangan Mr. Panda dah usap belakang badan aku. “Sejak bila awak join meeting ni?” Terkejut sekali lagi sebab tadi aku tak perasan pun nama Mr. Panda ada kat dalam minit tu.

“Sejak mula lagi. Awak tak perasan nama saya ke?” Dahi Mr. Panda berkerut.

Aku rasa macam nak geleng kepala sebab sebenarnya aku sendiri pun kadang-kadang lupa nama sebenar dia. Asyik gelar dia Mr. Panda aje...hahahaha.

“Er...saya tak perasan sebab fail yang Encik Ash tu bagi tebal sangat.” Aku beri dalih. Tapi memang betul juga. Sebabkan nak cepat, aku speed read isi minit sampai langsung tak pandang senarai kehadiran ahli mesyuarat. Pada hemat aku, perkara tu boleh disemak masa nak sahkan minit nanti.

“Makanlah cepat. Nanti tak sempat. Nak solat lagi. Nak mekap lagi.” Bibir Mr. Panda dah senyum mengusik bila dia sebut ayat yang akhir tu.

Aku dah cebir bibir. “Saya bukan Leha nak mekap berjam-jam, okey!”

“Sebab tu saya suka peluk awak. Dan bila cium, tak rasa bahan kimia.”

Apa-kah? Nak aje aku debik mamat ni. Tapi bila tengok dia tengah suap nasi, rasa tak sampai hati pula. Dah lah dia baik sangat sebab belikan aku makanan. Aku ni walaupun dingin dengan dia, tak lah sampai nak berhati kejam. Tapi statement dia tadi...apasal lain macam aje? Perlahan-lahan aku toleh ke sisi.

“Awak pernah cium Leha ke?”

Mr. Panda tersedak. Habis nasi tersembur keluar dari mulut dia. Aku pula jadi kelam kabut hulur air.

“Makan tak baca Bismillah,” marah aku lalu usap belakang badan dia. Main balas-balas usap pula ek?

Mr. Panda sedut air perlahan-lahan. Dia berdeham beberapa kali nak clearkan tekak. “Saya...tak sengaja tercium dia. Masa tu sama-sama tunduk ambil barang.” Begitu berterus-terang sekali Mr. Panda. Terpancar rasa serba salah dari wajah dia yang inesen. Aku tak kata aku tak percaya. Memang dia tak akan buat benda-benda tak senonoh tu. Aku kenal hati budi Mr. Panda. Dulu masa kat Surrey kan kami pernah serumah masa belum nikah. Dia memang jaga batas dia dengan aku. Cuma lepas nikah aje dia selalu terbabas suka-suka jiwa dia.

“Kenapa tak habis?” tegur Mr. Panda bila dia tengok nasi ayam goreng kunyit dalam bekas aku luak separuh aje.

“Kenyang. Banyak sangat.” Perut aku memang rasa dah penuh sangat. Takut pula rasa mengantuk. Nanti ambil minit macam ayam patuk beras kat tanah. Terhangguk-hangguk.

“Tak elok membazir rezeki.” Mr. Panda ambil bekas makanan aku dan habiskan nasi. Terkulat-kulat aku pandang dia. Selamba aje dia makan bekas aku. Tak geli langsung. Aku pula yang rasa serba salah.

“Awak...” Aku nak cakap apa ek? Nak larang dia?

“Kita dah nikah. Patutnya tak kisah nak berkongsi apa saja.”

Apa saja? Aku rasa cuak pula dengar dia cakap macam tu. Muka aku terus rasa panas.

Mr. Panda dah senyum. Buat malu aku aje terkantoi. Tentu dia ingat aku dah fikir yang bukan-bukan tadi.

“Tapi saya tak nak kongsi awak dengan orang lain.” Mr. Panda bangun dan kutip bekas makanan. Semuanya dimasukkan ke dalam beg plastik. Termasuk sekali botol air mineral yang kosong.

Aku pun tak nak kongsi dia dengan Leha. Aku balas dalam hati. Belum sedia lagi nak tunjuk perasaan sebenar aku kat dia.

“Awak milik saya seorang.” Tiba-tiba aje aku dah tersandar kat dinding. Dia rapat sangat. “Now it’s time for my dessert.”

Erk! Tak sempat nak elak lagi. Manis sungguhlah pencuci mulut yang Mr. Panda hidangkan ni, kan?

12 comments:

  1. best...QUE NOVEL KEKASIH GELAPKU DAH KAT KEDAI BUKU KE ATAU BELUM....

    ReplyDelete
    Replies
    1. sedang diedarkan oleh pengedar. tapi kalau nak segera, order ngan IKP la

      Delete
  2. best..x sbar nk tunggu bab sterusnya..

    ReplyDelete
  3. aiyooo... Tak segan ke kat opis gomen byk CCTV.. :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. hurmmm...kat tangga kecemasan tu cam tak de aje. tp dlm lif ada. awas...hehehe

      Delete
  4. Novel APM ni sgt dekat di hati akak, mungkin sbb akak pun org gomen.... Keep the good work....

    ReplyDelete
  5. Dessert yg menyelerakan.... yummy kekekeke

    ReplyDelete
  6. Mr panda yg super sweet... Alahai...

    ReplyDelete
  7. waaaaa... dh x mampu nk ckp ape2.. huhu.. lagi3

    ReplyDelete

@Que Sera Sera |