Friday, 25 October 2013

Assistant Pak Menteri~Bab 10

Untuk makluman, novel ini sedang dinilai untuk terbitan. Susunan bab tak sama di sini dengan versi novel. Bab ini versi belum edit. 
RAW YO!



BASIKAL aku kayuh laju-laju. Asal ada batu aje, aku jump. Kalau jumpa selekoh, aku kona maut sampai berasap jalan. Lepas tu kayuh lagi laju-laju macam kena kejar hantu. Sampai kat sungai, makin laju aku kayuh sebab nak buat drift paling hebat. Streeeetttttt! Tercabut rumput.

Aku tersengih kepuasan. Lepas turun dari basikal, aku periksa tayar dan rantai. Masih elok lagi basikal buruk ni. Well maintained nampaknya. Tiba-tiba bahu aku kena tepuk. Terkejut aku sampai basikal terlepas dan terjatuh. Terus aku toleh belakang.

Mr. Panda tayang muka masam mencuka sambil peluk tubuh.

“Hai awak!” Sebaliknya aku senyum ceria sampai nampak gigi.

“Kenapa melasak balik ni? Awak sedar tak yang awak tu jadi jadi isteri orang? Kenapa perangai macam budak-budak? Naik basikal macam mat rempit!”

Uiks? Aku kena bebel dengan Mr. Panda? Apa-kah? Ini sesuatu yang baru. Terus hilang senyum kat muka aku. Diganti dengan ekspresi cuak campur pelik. Betul ke mamat ni laki aku? Aku pandang bawah arah kaki dia. Kaki jejak tanah. Maknanya mamat ni bukan jelmaan jembalang. Kudongak dan pandang semula muka dia. Masih lagi serius. Huwaaa....aku tak suka la tengok riak muka dia macam ni. Dah nampak macam aura Adenan Semperit. Garang dan bengis. Aku nak balik!

Aku terus pusing badan, tegakkan basikal. Niat nak terus tunggang basikal dan kayuh selaju-lajunya. Tapi belum sempat aku buat apa-apa, Mr. Panda dah peluk badan aku dari belakang.

“Marah ek?” Nada suara dia lembut macam biasa. Macam lelaki yang aku kenal. Yang aku cinta.

“Lepaslah!” Aku tolak dia dengan bahu. Aku masih rasa jengkel dengan sikap dia tadi. Suara lembut ala-ala melting cheese tu tak berjaya nak ubah mood aku.

“Sayang.” Badan aku dia pusingkan. Sekali lagi basikal aku jatuh hempap bumi. “Sorry.” Dia tenung muka aku. Aura garang dan bengis tadi menipis perlahan-lahan. Aura lelaki kesayangan aku dah kembali. Hati ada sedikit sejuk. Sikit je la, kan?

“Jom...duduk sana.” Dia tarik tangan aku tuju ke sungai.

Lambat-lambat aku ikut. Langkah sengaja aku beratkan. Lagak macam budak kecik tak nak balik sebab tak puas main buaian kat taman.

Tiba-tiba Mr Panda pusing mengejut dan terus cempung badan aku. Terjerit aku sebab terkejut.

“Jalan lembab sangat macam siput bab 1!” Dia sengih nakal lalu bawa aku ke tempat yang dia tunjuk tadi.

Di sebalik batu besar, terhampar kain corak kotak-kotak warna merah. Picnic basket pun ada sekali. Eh? Ni dah macam gaya berkelah kami masa kat Terry’s Pond! Aku tenung dia. Dia senyum. Kalaulah aku ni jenama cheese gouda, mau cair aku kat dalam pelukan dia.

Perlahan-lahan Mr Panda turunkan aku ke atas rumput. Kemudian dia ajak aku duduk atas kain alas. Isi bakul rotak dia keluarkan. Meriah! Ada sandwic, coklat, jus anggur, buah anggur hitam dan Twisties BBQ pek besar! Ceh! Memang menu piknik masa kat Surrey dulu-dulu.

“So...ada apa ni? Berkelah bagai?” Aku bersimpuh sambil tengok tangan dia lincah atur juadah. Cara dia susun semua makanan tu macam berseni. Elok aje susunannya. Macam nak buat photoshoot. Dan jari  jemari dia yang panjang dan cantik tu buat aku macam terpesona kejap. Jari jemari tu la yang selalu...Haish! Sempat menyimpang!

Jari Mr Panda yang dah goda aku tu petik sebiji anggur dan suap ke dalam mulut aku.

“We sit and talk about us.” Dia petik sebutir lagi dan suap dalam mulut dia pula.

Kenapa tak suap dalam mulut aku lagi? Wah...dah pandai menggedik pula ya kamu ni, Fina! Sambil sembunyi keinginan yang terpendam, aku capai sandwic wholemeal inti ham ayam dan lapisan keju cheddar.

“Let me...” Dia capai sandwic kat tangan aku dan suap masuk dalam mulut aku. Erk? Keinginan jadi kenyataan? Yippa! Aku sembunyi senyum sambil kunyah perlahan. Awatnya kau ni Fina? Sengal tiba-tiba? Sejak bila pula kau suka dia manja-manjakan kau macam ni? Selalu yang manjakan kau macam ni ialah Rashdan.

Ha’ah ek! Mata aku terus tenung dia. Terkejut.  Mr Panda terpinga-pinga tengok reaksi aku. “Kenapa?” Dia tanya lepas suap, kunyah dan telan baki sandwic yang aku makan tadi ke dalam mulut dia.

“Awak...kenapa nak manja-manjakan saya macam ni?” Aku terus tanya tanpa lapik-lapik. “So unlike you!” Aku suka dia manjakan aku macam ni. Tapi aku tak rasa niat dia ikhlas. Ada sesuatu yang buat dia macam ni.

“Kenapa?” Dia tanya sambil senyum. Senyum yang semacam. “Saya tak boleh manjakan awak? Ingat Rashdan aje yang boleh?” Tajam renungan dia pandang aku.

Aik? Ni apa da? Kes cemburu ke?

Tiba-tiba Mr. Panda merangkak ala-ala harimau ke arah aku. Makin dia rapat, makin badan aku ke belakang. Dua-dua belah tangan aku tampung kat belakang badan. Kalau siku aku lemah, boleh terbaring la atas kain ni.

“Saya tak suka ada lelaki lain yang manjakan awak. Walaupun dia tu abang awak sendiri!” Suara Mr. Panda perlahan tapi tegas. Kepala aku terdongak pandang dia. Memang la muka dia nampak macam harimau nak terkam mangsa. Dan aku la mangsa yang malang itu...

“Faham?” Tubuh Mr Panda ke depan dan siku aku cair. Dub! Badan aku terus terlentang atas kain. Apa lagi...sang harimau terus terkam!

“Hoih!” Aku tolak badan dia kuat-kuat daripada timpa aku. “Jangan la macam ni. Nanti ada orang nampak!” Bertungkus-lumus aku nak lepaskan diri.

“Lokasi ni selamat. Kita terlindung dengan batu.” Senyum Mr. Panda macam setan. Semacam aje gaya dia pandang aku.

“Awak...please.” Aku dah lemas sebenarnya sebab jantung dah berdegup pantas. Badan pula dah seram sejuk. Kalau aku tak kuat, mau hanyut kat situ juga dengan dia yang dah lama bertahan.

Lambat-lambat Mr Panda lepaskan aku. Terus aku bangun betulkan baju. Kepala aku dah toleh kiri kanan. Kut-kut la ada orang skodeng kami. Tak ke naya nanti.

“Fina...tengah hari tadi keluarga Leha datang ke rumah saya. Risik saya. Dan Abang Nan terima risikan mereka. Awak nak suruh saya terima ke?” Suara Mr Panda tanpa nada. Tajam dia renung aku.

Kalau tadi jantung aku berdegup pantas, sekarang jantung aku rasa tak berdegup. Nafas aku rasa terhenti. Kepala aku rasa macam kena hentak dengan belantan.

“Tolong saya, Fina. Saya tak nak kahwin dengan Leha. Saya tak nak kehilangan awak.” Nada suara Mr. Panda masih bersahaja. Tapi renungan dia pada aku memang renungan membunuh. Ni lidah tak sekata dengan hati ke? Atau otak tak sehaluan dengan jiwa?

“Awak...” Tangan aku pegang dada. Nafas aku sesak. Rasa macam sukar nak bernafas. Aku pejam mata seketika. Apa yang perlu aku buat? Aku rasa kelu. Jadi macam bodoh tak tau nak fikir atau cakap apa-apa. Yang aku nampak, hubungan aku dengan Mr. Panda macam dah tak ada arah yang sama. Terpisah perlahan-lahan. Dan aku hanya mampu tengok.

“Acah aje. Baru cakap macam tu...dah tak cukup nafas. Sayang juga awak kat saya, kan?” Mr Panda ketawa kuat lepas cakap.


Zasssssss.....siaran tergendala...bersambung dalam novel


Mr. Panda senyum-senyum pandang aku. Dia bangun dan duduk mengadap aku. bersila juga. “Masalah kak long dah selesai?”

Muka aku dah tak ketat dengar soalan dia. Mujur dia nak ubah topik. Kalau dia tetap juga nak menyakat, memang aku wachaa dia masuk ke dalam sungai. Aku tukar posisi duduk. Bersimpuh semula. Lebih selesa begini daripada bersila. Tangan capai Cadbury blackforest. Baru aje nak siat pembalut, Mr. Panda dah ambil dulu dan bukakan untuk aku. Lepas patahkan sekeping, dia suap kat mulut aku. Disebabkan coklat tu dah cair sikit, aku terjilat lah jari dia sekali.

Rahang dia dah ketat menahan perasaan. “Fina...” Suara dia...perlahan semacam.

“Err...” Lekas-lekas aku jilat bibir yang sememeh dengan coklat cair. “Sorry.” Muka aku dah merah padam. Suka sangat tengok jari dia sampai nak makan...apa ke hal? Muka dah macam koleksi warna cat Nippon sekali lagi.

“Err...awak...saya nak balik. Dah lama kita kat sini. Nanti Abang Dan cari.” Aku masukkan semula makanan ke dalam bakul. Soalan dia pasal kak long aku tak jawab lagi.

“Fina...” Tangan dia pegang tangan aku yang sibuk susun makanan di dalam bakul. “Tunggu setengah jam lagi, boleh?” Amat berharap betul muka dia. Ni yang aku lemah. Dia suka benar guna nada dan cara pandang yang akan buat hati aku serba salah dan akhirnya mengalah.

“Okey.” Aku terus capai jus anggur. Sejak tadi aku teringin nak minum. Ketat pula penutup botol ni. Berkerut muka aku dibuatnya.

Mr. Panda hulur tangan. Botol bertukar tangan. Mudah aje dia membukanya. Aku menjenguk dalam bakul mencari cawan. Tak ada. Tak kan nak togok aje macam tu? Ermm...boleh la kut. Aku jarakkan sikit mulut botol dan mulut aku. Perlahan-lahan aku tuang air jus anggur masuk ke dalam mulut. Dua tiga teguk, aku berhenti. Belakang tangan lap bibir yang basah dengan sisa-sisa jus yang tumpah dari bibir.

“Ada straw tak mahu guna. Nak juga buat aksi.”

Terkesima aku pandang Mr. Panda keluarkan straw dari bakul. La...ceh! aku jeling kat dia. Dari tadi tak nak cakap! Kan dah buat aksi brutal.

Aku hulur botol jus anggur pada Mr. Panda dan capai Twisties. Sambil kunyah, aku mengadap sungai. Dah lama aku tak berendam dalam sungai ni. Kalau bawa baju tadi, dah tentu boleh buat kuak rama-rama.

“Betul ke tengah hari tadi keluarga Leha datang?” Tiba-tiba aje terluncur soalan tu dari mulut aku. Gerak hati yang perlukan pengesahan.

Mr. Panda angguk kepala sekali. Aku tarik nafas dalam-dalam. Bersedia nak dengar perkara yang mengejutkan.

“Awak memang tau dia nak datang?” Suara aku atur tenang. Tak naklah terkejut macam tadi. Terus buas aku jadinya.

Sekali dia Mr. Panda angguk.

“Risik awak?”

Mr. Panda geleng.

“Pinang awak?”

Lama aku tunggu jawapan Mr. Panda. Hati dah semakin berdebar-debar.

“Saja sesi perkenalan dengan bakal menantu. Sebenarnya saya tak tau Leha nak datang. Dia call saya pagi tadi. Dah separuh jalan pun. Tak kan saya nak halau dia. Masa dia sampai, saya tak ada kat rumah. Sengaja saya keluar dan sengaja saya tak cakap kat sesiapa Leha datang dengan famili dia. Abang Nan yang sambut mereka beria-ia.” Panjang lebar penjelasan Mr. Panda. Satu penjelasan yang buat hati aku mengeluh lega.

“Fina...” Mr. Panda mengesot duduk dekat aku. Tangan dia capai tangan aku. “Apa Abang Dan cakap dengan awak lepas kita balik dulu? Apa yang dia cakap sampai awak suruh kita bawa haluan masing-masing? Saya perlu tahu, Fina. Sebab saya rasa Abang Nan dan Abang Dan syak kita ada hubungan. Walaupun mereka tak cakap, tapi dari gerak laku Abang Nan... saya dapat rasakan yang dia tahu sesuatu pasal kita.”

Kulit wajah aku bertukar pucat. Jari jemari Mr. Panda aku genggam erat secara spontan. Mengukuhkan lagi telahan Mr. Panda yang aku sememangnya sedang menyembunyikan sesuatu.

“Dia cakap apa, Fina?” Mr. Panda renung aku. Tajam.

Aku tarik nafas berat. Kepala aku tunduk ke bawah sekejap sebelum lempar pandangan mata ke arah air sungai yang mengalir agak deras.

“Abang Dan tanya...kenapa saya boleh balik sama-sama dengan awak? Bila saya nafikan, dia kata dia dah check arrival schedule. Hanya penerbangan kita saja yang tiba waktu tu. Jadi mustahil kita naik penerbangan yang lain. Abang Dan kata dia tau kita belajar sama-sama kat Surrey. Dia terdengar budak-budak kampung awak bercerita....”

Memang pada mulanya Rashdan nak bawa aku balik. Tapi kak long pujuk. Katanya aku dah nak habis belajar. Rugi aje berhenti separuh jalan. Lagipun, mana boleh berhenti sesuka hati sebab aku di bawah tajaan. Memang panas hati dia dapat tahu aku satu universiti dengan Mr. Panda.

Masa kami terserampak kat KLIA hari tu, dia memang dah syak aku dengan Mr. Panda berkawan baik semula. Teruk aku kena soal siasat dengan Rashdan masa kat kampung. Sepanjang masa, ada aje orang suruhan dia...si Lukman tu yang ekori aku ke mana-mana aku pergi. Rupa-rupanya sampai ke KL Rashdan upah dia suruh intip aku. Sebab tu aku tak layan Mr. Panda. Rashdan kata, kalau dia tau aku ada sebarang hubungan dengan Mr. Panda, dia tak akan teragak-agak pukul mamat tu macam dulu.

Kalau tak mahu Mr. Panda cedera, aku tak boleh berkawan hatta bertegur sapa pun dengan Mr. Panda. Lepas dua tahun aku kena stalk dengan Lukman, agaknya Rashdan percaya yang aku dengan Mr. Panda tak ada apa-apa hubungan. Dia panggil Lukman balik kampung dan kerja semula jadi pengurus ladang limau bali. Terus Lukman jadi orang kanan Rashdan.

Lama Mr. Panda diam lepas dengar cerita aku. Agaknya dia kecewa dengan sikap Rashdan yang terlalu berdendam.

“Awak...” Aku genggam jari-jemari dia lagi. “Maaf ya...saya buat awak sakit hati selama ni. Saya tak mahu awak cedera macam dulu.” Air mata aku dah bergenang kat tubir mata. Bila aku kelip mata, sebutir demi sebutir air mata membasahi pipi.

“Sayang...” Lekas-lekas Mr. Panda usap pipi aku dengan jari dia. “Saya pun nak minta maaf sebab tak berani terus-terang dulu...”

Aku geleng kepala tanda tak mahu dengar dia sambung ayat tu. “Saya faham. Awak tak perlu cakap banyak kali.”

“Abang Nan pernah warning saya pasal awak. Dari awal lagi dia tau awak akan ke Surrey. Cuma dia tak lah ugut saya apa-apa. Dia pesan, jangan sesekali berangan nak bawa keturunan Rashdan pijak rumah dia. Jadi secara teknikalnya, saya boleh bawa awak ke mana saja...kecuali rumah dia.”

Terhambur gelak aku dengar kata-kata Mr. Panda. Dia pun ikut tergelak. “So...technically...kalau kita ada apa-apa hubungan, dia okey jelah, kan? Asalkan saya tak ikut awak balik rumah dia?” Aku macam tak percaya aje dengar kenyataan Adenan Semperit.

Mr. Panda angguk. “So...my dear...sekarang tinggal Rashdan aje yang perlu kita selesaikan. Pasal famili saya, awak tak perlu bimbang. Tau lah saya nak buat macam mana.” Konfiden sekali Mr. Panda nampaknya.

Aku hela nafas lagi. Berapa banyak main nafas daaa...

“Kita cuba settlekan perkara ni masa Raya Haji nanti. Panjangkan sikit cuti.” Aku bagi cadangan.

Mr. Panda angguk dan senyum. Kelegaan jelas terpancar di wajahnya. “Malam ni...saya pergi bilik awak lagi, ya?”

Muka aku dah semerah buah pic. “Tak payah la. Malam ni sure saya tidur lewat. Abang Dan nak ajak berborak panjang.”

“Esok balik bila?”

“Petang.”

“Gerak sekali.”

“Okey.” Aku senyum lebar. Lega. Gembira.


12 comments:

  1. Ololo..sweetnye dua2 ni..tapi kesiankan

    ReplyDelete
  2. Ohmai...cheesy cheese bun dua2 nih ;)

    ReplyDelete
  3. best sangat...thank you sera...terubatlah sikit kalu tak asyik teaser yg mengejut aje kan...now i can work peacefully...hehehe...luv u sera

    ReplyDelete
  4. waaaa....panjang!!suke!!bila berterus terang camni kan best!weeee..ni kalo stok setengah bulan boleh la tanpa sebarang teaser membako ok..hehe..TQ tuan tanah!! ^_________^

    ReplyDelete
    Replies
    1. teaser membako tu aktiviti wajib....hahahaah

      Delete
  5. oh my... cair cair... hehehehe...

    ReplyDelete
  6. Hmmm....lamernya amik masa nk terus terang. Makin payah nantinya ni.....

    ReplyDelete
  7. DIA ORG NI DAH MACAM ROMEA &JULIAT.

    ReplyDelete
    Replies
    1. baby Mio, dah ada Kisah Dari Hati? kat dlm tu ada kisah mereka. tajuk cerpan Juliet vs Romeo

      Delete
  8. bikin hatiku mencair dgn godaan mr panda....
    cuak jgk yea sebut nm leha....dh sayang tu mknanye....
    sajer wat2 mahal....

    ReplyDelete

@Que Sera Sera |