Thursday, 10 October 2013

Assistant Pak Menteri~Bab 6

Untuk makluman, novel ini sedang dinilai untuk terbitan. Susunan bab tak sama di sini dengan versi novel. Bab ini versi belum edit. 
RAW YO!


TIAP kali Encik Ashraf Zakwan lalu, semua pasang mata anak dara tekun memandang dengan mata bersinar bintang. Ada yang drooling lagi sampai meleleh atas meja. Mula-mula aku dulu pun camtuh juga. Jatuh cinta dengan wajah kacak Encik Ashraf berkali-kali sampai kerja pun tunggang-langgang. Tapi lama-kelamaan lepas hari-hari mengadap muka hensem tu, aku dah lali. Dah imun dengan segala tarikan besi semberani yang ada pada pegawai senior aku tu.

 “Cik Fina, awak kat sini bukan nak bagi makan gaji buta. Ni..minit mesyuarat semalam...dah siap? Kejap lagi Datuk Sri nak tengok.”

Terkebil-kebil mata aku pandang muka Encik Ashraf. Gaya macam marah. Suara pun ada tinggi juga. Tapi muka...macam nak goda aku aje. Cop! Aku memang bukan masuk bakul angkat sendiri atau naik lif tekan butang sendiri ek?

Memang Encik Ashraf dah banyak kali bagi hint nak try aku. Tapi aku buat tak tahu ajelah. Tapi lepas kejadian semalam....

“Fina?” Tangan Encik Ashraf dah lambai-lambai depan muka aku. Sekali lagi lamunan aku terhenti. Eh...panggil nama aje? Mana gelaran ‘cik’ tu?

“Bagi saya lima minit, Encik Ash. Dah siap. Cuma saya nak semak sikit aje ni.” Tergesa-gesa aku kalih mata dan tatap skrin PC.

“Saya tunggu.” Encik Ashraf dah tarik kerusi depan aku dan seret sebelah aku.

Gulp! Alamak! Dia nak tunggu dan duduk sebelah aku ke? Bau haruman Eternity menyucuk lubang hidung aku. Wangi sungguh. Memang sinonim bau ni dengan dia. Kalau Mr. Panda pakai, bau dia lain. Tak sedap macam ni.

Ei..apa daa!!!! Aku geleng kepala. Cuba buang fikiran jahat tu jauh-jauh. Hati masih sakit lagi ni.

“Kenapa? Ada yang tak kena?” Encik Ashraf rapatkan wajahnya pada skrin. Konon nak tengok apa yang buatkan kepala aku menggeleng tadi.

“Er...tak ada apa-apa. Saya teringat benda lain tadi,” dalih aku cepat-cepat.

Sebelah tangan dah menggigil gerakkan tetikus. Skrol atas skrol bawah entah apa yang aku cari pun aku tak tau. Apa bendanya yang aku nak betulkan tadi ek? Kan dah lupa. Ni semua Encik Ashraf punya pasal. Yang dia duduk rapat-rapat sangat ngan aku ni kenapa?

“Kampung awak kat mana?”

Erk! Aku terkesima kejap. Tiba-tiba aje ubah topik yang tak berkaitan.

“Lenggong. Kenapa encik tanya?” Aku layankan juga soalan tu. Fikiran aku cuba nak tumpukan perhatian pada kerja.

“Lenggong...Perak?”

Tak belajar Geografi ke apa? Nak aje aku sound sedas. Tapi dia ni senior officer aku. Dia pegawai khas nombor satu. Aku pulak pegawai biasa. Kena jaga kelakuan sentiasa.

“Tak lah...Lenggong kat Zimbabwe.” Tapi mulut aku jahat juga nak kenakan dia.

Encik Ashraf dah tergelak. Berdarah jiwa aku dengar suara dia gelak. Merdu! Alahai hati...tolong ingat kat Mr. Panda erk? Kang sia-sia aje aku kena Kungfu Panda. Err...tapi bukan ke aku yang patut Kungfu kan si panda tu?

“Fina...awak dah ada teman lelaki?”

Hilang gelak, diganti dengan suara yang serius. Mulut aku dah terlopong luas. Terlupa nak bersopan ayu gitu depan dia. Masa aku janji nak balas dendam kat Mr. Panda semalam...agaknya lidah aku masin. Sekarang tuhan dah makbulkan doa aku. Ha...amik! Nak sangat gunakan Encik Ashraf sebab nak kenakan Mr. Panda.

“Kalau tak ada...bolehlah saya hantar rombongan merisik kat Lenggong...Zimbabwe tu.”

Senyuman Encik Ashraf buat hati aku cair. Arrghh...cemana ni? Kalau hati aku masih aku yang punya, nak aje aku bagi kat Encik Ashraf. Tapi masalahnya, hati aku dah dipunyai dan dah dirantai mati. Lainlah kalau Mr. Panda nak putuskan rantai tu.


WAKTU aku tengah tepek bedak tabur kat muka, iPhone aku bunyi lagi buat kesekian kalinya. Semalam seharian aku set mute. Tapi hari ni tak. Berpuluh missed call. Berpuluh SMS. Berpuluh Whatsapp. Aku baca satu dua aje. Lepas tu biarkan. Malas nak layan. Itu mesti dia yang telefon lagi dan lagi.

Mujur kat surau tak ada jemaah waktu tu. Kalau tak, ringtone Adele Rumor Has It tu mesti dah kacau kekusyukan orang solat.

Telefon senyap sekejap beberapa saat sebelum mula memekak balik. Aku mengeluh keras. Kalau tak dijawab, habis bateri henpon aku dibuatnya. Dahlah semalam pintu balkoni aku asik kena baling aje. Entah baling dengan apa? Batu kot. Mujur dia tak berani nak ketuk pintu atau masuk macam biasa. Tahu pun aku tengah marah.

“Nak apa?” Aku tanya tanpa nada.

“Awak marah?” Suara Mr. Panda lembut bertanya.

Soalan bodoh apa ni? Nak aje aku cakap kat muka dia. “Tak...saya tak marah. Nak peluk cium awak aje rasanya.” Aku balas sambil ketap gigi kuat-kuat.

“Sayang....” Dia dah guna nada tu. Nada yang terasa sejuk kat telinga aku sampai cecah ke hati. Iceman ke apa ni? “Saya memang nak beritahu awak. Tapi...saya tak tau nak cakap macam mana. Awak mesti marah, kan?”

Macam basi aje aku rasa alasan Mr. Panda. Macam dah boleh duga alasan dia. Langsung tak surprise. Kalau dia kata Leha ugut nak terjun bangunan kalau dia tak lamar pompuan tu, nak juga aku percaya. Baru terasa thrill alasan yang macam tu...hahaha.

“Macam nilah...” Aku lepaskan keluhan panjang yang berat. Berat aku nak cakap, berat lagi hati aku nak menahannya. Aku dah puas menangis. Rasa dah tak ada air mata lagi dah untuk dibazirkan. Lagipun kan aku dah janji nak lindungi dia? Tunggu apa lagi. Sekarang masa yang amat sesuai untuk lukakan hati dia...sekali lagi dan buat dia lepaskan aku.

“Awak...tunang ajelah dengan Leha. Saya tak kisah. Nanti bila dah nak kenduri...kita pisah. Kalau nak pisah sekarang pun, saya tak kisah. Lagi cepat lagi bagus.”

Diam. Aku rasa pelik. Eh? Apesal senyap aje? Pengsan ke dengar aku cakap macam tu? “Helo? Awak? Dengar tak ni?” Senyap juga walaupun talian tak putus. iPhone aku tenung macam tembus. 

“Helooooo!” Aku jerit. Senyap juga.

Gangguan talian kut. iPhone aku masukkan dalam beg. Lepas sarung tudung Ariani, aku keluar dari surau. Sementara tunggu lif, aku belek iPhone. Layan mesej Whatsapp kawan-kawan aku. Lama dah aku tak lepak dengan mereka. Lepas grad, semua bawa diri masing-masing. Semua sibuk dengan kerja. Yang dah nak kahwin pun ada. Yang dah kahwin pun ada. Macam aku. Tapi aku ni macam orang bujang. Ada laki pun macam tak ada laki. Jadi bini pun tak macam bini orang lain.

Bila pintu lif terbuka, aku masuk. Terus tekan tingkat 10. Kepala masih menunduk belek iPhone sambil senyum sorang-sorang. Ting! Pintu lif terbuka kat tingkat 10. Aku angkat kepala. Langkah tak sempat nak dibuka. Mulut aku dah ternganga.

Mr. Panda dah tercegat kat depan pintu lif sambil cekak pinggang. Tak sempat nak cakap apa-apa, dia terus masuk dalam lif, tekan butang tutup dan tekan butang tingkat paling atas. Tajam aje mata dia renung aku. Kat dalam lif kami tak bercakap. Aku dah mula berpeluh dingin. Gaya Mr. Panda macam nak baham orang. Muka dia tegang aje.

Tapi pelik. Cemana dia boleh sampai opis aku dengan kadar yang sekelip mata? Padahal kementerian dia di hujung sana, dekat dengan Masjid Putra. Kementerian aku pula terletak kat hujung sini, dekat dengan PICC. Dia terbang ke apa?

Bila pintu lif terbuka, dia tarik tangan aku. Agak kasar hingga pergelangan tangan aku rasa sakit. Tingkat paling atas tu tak ada apa-apa kecuali ruang yang lapang berdinding kaca. Selalunya ruang ni digunakan untuk majlis makan-makan anjuran staf yang bersifat tak rasmi macam aktiviti kelab. Dia lepaskan aku kat tengah-tengah ruang.

Kedua-dua belah tangan dia raup wajah sebelum suak rambut dia ke belakang. Serabut sekali aku tengok dia. Rambut dah tak kemas macam biasa. Tali leher dia pun hilang entah ke mana. Dua butang kemeja atas pun tak dipasang. Macam orang kena kejar hutang aje aku tengok keadaan Mr. Panda. Teruk sangat ke aku tak layan dia sampai rupa macam ni?

“Fina...awak nak suruh saya buat apa lagi...untuk buktikan yang saya benar-benar cintakan awak...sayangkan awak dan nak jadi suami aku dalam erti kata yang sebenar.” Nada suara Mr. Panda lirih. Gaya orang pasrah sedang cuba nak memujuk.

Aku tarik nafas dalam-dalam. Aku pun tak sampai hati nak seksa perasaan dia macam ni. Tapi hati aku sakit, dia tahu ke? Selama ni aku pendam aje perasaan kecewa. Dah dua tahun perasaan tu bernanah kat jiwa aku. Tapi aku tak pernah tunjuk kat dia. Aku cuma setakat bersikap dingin. Itu aje yang aku mampu buat. Nak luah perasaan sebenar aku kat dia, aku masih belum cukup kuat.

“Saya minta maaf sebab kecewakan awak dulu. Kalau boleh putarkan masa, saya akan jadi lebih berani. Lebih jantan untuk berterus-terang dengan Abang Nan dan Abang Dan pasal kita. Tapi...saya sendiri tak faham apa yang berlaku hari tu. Saya tiba-tiba kaku. Lidah saya kelu. Ya...saya pengecut. Saya takut nak mengaku apa yang kita dah buat. Ya...saya larikan diri daripada awak. Biar awak sorang-sorang kena marah dengan Abang Dan. Saya dah kecewakan awak...harapan awak...kepercayaan awak. Saya menyesal. Tapi bagi saya peluang, Fina. Peluang untuk buatkan semua ni jadi baik. Dalam dua tahun ni, saya cuba buat seperti yang kita rancang. Tapi tak berjaya. Hati saya, jiwa saya, fikiran saya...semua pada awak. Layanlah 10 pun perempuan cantik seksi bergetah macam Leha, saya tetap nak awak. Sampai bila-bila, awaklah isteri saya dunia dan akhirat!”

Aku tak sedar bila air mata aku dah mengalir macam hujan turun lebat di musim tengkujuh. Kata-kata Mr. Panda yang panjang lebar tu menyentuh sanubari dan hati kecil aku. Ya...memang aku kecewa. Aku rasa dikhianati bila dia tiba-tiba ‘cabut lari’ daripada berterus-terang dengan Adenan dan Rashdan mengenai status kami.
Peristiwa dua tahun lalu masih segar dalam ingatan aku....

11 comments:

  1. speechless.....

    go....go....fina...

    ReplyDelete
  2. best!!! hehee.. eh nak tanya.. ini sambungan dr romeo & juliet yg dekat cerpen kisah dari hati ke kak? hehehe.. moga2 diterbitkan,, hehehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. yer...betul. actually Juliet vs Romeo tu stand alone story. kalau nk, blh aje anggap JT tu sbg back story APM...nggeeeee

      Delete
    2. okay.. hehe.. waktu baca n3 akak dulu x perasan tp bila dh baca cerpen bru perasan.. moga2 APM & SIA akan diterbitkan.. :)

      Delete
    3. Kt mn nk cr cerpen2 sera??

      Delete
    4. boleh beli kat sini saja http://ideakreatif.net/news.details.php?id=14

      Delete
  3. Apm ni makin usik jiwa lh dik que......
    Boleh dikatakan mcm kisah benar ajer, apapun akak sabar menanti sambungannya......
    N3 lg dik que....

    ReplyDelete
    Replies
    1. kisah benar? hurmmm...bit and pieces ler...but not the whole story...muehehehe

      Delete

@Que Sera Sera |