Monday, 21 October 2013

Assistant Pak Menteri~Bab 9



Untuk makluman, novel ini sedang dinilai untuk terbitan. Susunan bab tak sama di sini dengan versi novel. Bab ini versi belum edit. 

RAW YO!

Sungguh-sungguh aku tenung muka dia. Berdebar-debar pula aku rasa.

“Saya tak mahu dengar lagi awak minta kita berpisah. Saya tak mahu dengar lagi awak suruh saya pilih Leha. Keputusan saya muktamad. Awak..isteri saya dunia dan akhirat.” Dia tunduk dan cium bibir aku. Ciuman yang sekejap tapi penuh makna. “Janji?”

Aku angguk tanpa suara.

Dia senyum sambil usap pipi  aku lagi. “Petang ni jumpa saya kat tempat dulu.”

“Kat tepi sungai tu?” Berzaman aku tak ke situ. Eksaited pula rasanya.

Mr. Panda angguk. “Kita lepak macam dulu.” Dia senyum.

“Okey.” Aku tegakkan dua jari buat simbol peace. Suka sangat buat simbol tu walau tak ada kena-mengena dengan ini cerita...hahaha.

Bila aku masuk bilik lepas mandi, Mr. Panda dah tak ada. Dah balik la tu. Rasa macam simpan kekasih gelap aje rasanya. Masalahnya dia tu suami aku...err..kira macam suami gelaplah, kan? Usai solat subuh, aku jejak dapur tolong kak long sediakan sarapan pagi.

“Fina, Adam request nak omelete. Katanya dah lama tak makan omelete makcu.” Kak long tegur aku. Dia tengah sibuk siapkan sambal udang.

“A’eye chief!” Aku beri tabik hormat sebelum serang peti ais. Semua bahan-bahan berkaitan omelete aku bawa keluar. Gedebang gedebung jugaklah bunyi peti ais aku kerjakan.

“Adik!” Dahi aku kena jentik. Ouchh! “Kalau buat kerja tu tak pernahnya macam perempuan.”

Aku tarik muka masam pandang Rashdan. Susu dan keju cheddar aku letak atas meja sambil kaki tendang pintu peti ais sampai tutup. Rashdan dah bagi jelingan maut. Makin aku panjangkan muka. Ambil bekas nak bancuh telur pun macam nak gaduh.

“Alololo...adik abang! Rindunya kat pipi gebus dia!” Tangan Rashdan cubit dan tarik dua-dua belah pipi aku sampai kulit muka streching. Gila lebar dan penyek aje aku rasa muka aku sekarang ni. Lepas dah tarik-tarik pipi aku, dia gomol pula kepala aku sampai kusut rambut macam Kak Limah Kg Pisang. Akhir sekali barulah dia peluk aku kuat-kuat.

“Kenapa tak makan sama-sama malam tadi?” Dia kepit kepala aku celah ketiak. Buku lima dia dah genyeh-genyeh atas kepala aku buat pusingan. Makin mengusutkan rambut aku. Ish...kalaulah Mr. Panda nampak apa yang Rashdan buat kat aku, mau angkat parang laki aku tu. Inilah Rashdan...abang aku yang anggap aku macam adik lelaki dia. Walau banyak kali dia ingatkan yang aku ni budak perempuan. Konpius!

“Abang!” Aku tolak Rashdan, kasar. “Adik bukan budak-budak lagi la nak buat macam ni!” Aku betulkan balik rambut aku. Sikat guna jari sampai nampak terurus sikit. Aku tak dapat bayangkan cemanalah Rashdan layan kak long kalau mereka berdua. Ganas juga macam ni ke? Ha...suatu hari nanti aku nak tanya. Serius teruja nak tau.

“Ala..janganlah marah. Abang rindu nak gurau-gurau dengan adik. Lama dah adik tak balik, kan?” Rashdan tarik stool  dan duduk depan aku yang tengah pecahkan telur satu persatu.

“Adik busylah!” Nada suara aku masih keras. Protes.

“Busy...busy...itu jelah alasannya.” Rashdan capai pisang berangan. Siat kulitnya dan makan.

Pagi-pagi lagi dah makan pisang. Macam monyet! Aku ejek dalam hati.

“Macam abang tak busy. Nak ajak pegi makan angin kat Gold Coast Morib pun berkira. Suruh hantar kak long dengan budak-budak, tak nak pulak.” Aku sindir balik.

Kak long kat belakang aku dah ketawa tertahan-tahan sebab dengar aku bebelkan laki dia. Tentu kak long ketawakan muka Rashdan yang masam-masam kelat. Hanya aku aje yang boleh buat Rashdan macam tu. Dengan orang lain, Rashdan memang bengkeng. Dengan kak long pula mcm Mr. Arrogant. Cakap dengan bini tak pernahnya nak lemah lembut. Keras aje. Hairan aku. Kalau aku jadi kak long, mau hari-hari aku makan hati ulamkan jantung sebab kena mengadap laki yang tak romantik langsung. Udahlah tak romantik, ada hati nak cemburu membabi buta.

Rasa nak aje aku klorox Rashdan pagi-pagi tu. Tapi kalau serang dia tanpa strategi, memang kalah. Dah tentu kak long jadi mangsa sebab mengadu kat aku. Dia cukup tak suka kalau kak long libatkan orang lain dalam hal rumah tangga mereka. Bagi aku, tindakan kak long tak salah. Lagipun kak long mengadu dengan aku. Bukannya orang luar. Hanya aku sorang aje yang boleh berunding dengan Rashdan.

“Kak long grad bila?” Aku mula atur strategi.

“Ada satu sem lagi. Awal tahun depan kalau tak ada apa-apa, gradlah.” Kak long berpaling seketika kat kami sebelum sambung masak sambal nasi lemak. Harum betul baunya. Kecur air liur aku. Lama tak makan nasi lemak kak long. Dan sambal udang tu ialah kegemaran aku.

“Waahh...dah tak lama tu. Salute arr pada kak long. Sibuk-sibuk urus anak dengan laki yang macam monyet ni, masih mampu lagi sambung belajar.” Aku jeling sekilas kat Rashdan sebelum campak kentang dan cendawan butang yang dah kudadu ke dalam bekas. Aku capai bawang holland dan mula mendadu.

Rashdan buat muka toya dengar kutukan aku. Dia capai lagi sebutir pisang. Makan dengan gaya nak lepaskan geram.

“Minggu depan kak long ada kelas, kan?” Aku lancar lagi strategi serangan hendap.

“A’ah. Kelas terakhir bulan ni sebelum final exam.” Kak long masih macam tadi. Memberikan sokongan penuh kepada rancangan aku walaupun dia tak tau pun apa yang aku rancangkan.

“Nanti lepas habis kelas, adik ambik. Dah lama kita tak lepak sama-sama. Tidur kat umah adik la pula. Rumah Auntie Mama dah selalu.” 

Kalau kak long ke KL hadiri kelas, dia akan bermalam di rumah ibunya di Wangsa Maju. Anak-anak buah aku semua kena angkut sekali. Kadang-kadang Rashdan ikut. Tapi selalunya dia balik lepas hantar kak long dan anak-anak. Hari Isnin atau Selasa baru dia jemput isteri dan anak-anak dia balik kampung.

“Adik harap kak long kuat semangat sampai ke akhirnya...dan...” 

Aku toleh pandang Rashdan kat depan aku. Tiga butir pisang dah masuk dalam perut dia. Satu butir lagi dia baru capai. Dah macam Minion aje aku tengok dia ni. Gila banana! Err...aku cakap apa tadi erk? Haaa... 

“...adik harap gak yang abang akan support kak long sampai berjaya genggam Master. Nanti...dapat gak kak long tolong abang uruskan bisnes.” Aku mula masuk jarum emas perlahan-lahan.

Muka Rashdan ketat semacam. Aku tahan gelak. Tau pun terasa sebab kena sindir. Niat lagilah jahat-jahat nak halang bini teruskan belajar. Sikit-sikit nak cemburu. Pantang kak long borak dengan lelaki lain, mesti panjang aje leher Rashdan memantau. Dengan uncle Samy jual roti pun dia boleh cemburu. Cemanalah kak long boleh tahan layan suami muda macam Rashdan ni? Langsung tak matang!

Sayup-sayup aku dengar Adele memanggil. Sapa pula yang telefon aku pagi-pagi ni? Aku tinggalkan adunan omelete dan berlari anak masuk ke bilik yang memang bersebelahan dengan kawasan dapur.

Nama Mr. Panda berkelip-kelip kat skrin iPhone. Aku senyum sambil swipe screen.

“Hai sayang. Bangun dah?” Dia tanya dengan nada yang bisa buat lutut aku cair.

“Kan sebelum subuh tadi dah bangun dengan awak?” Aku tutup pintu bilik. Takut Rashdan curi dengar.

Mr. Panda gelak sebelum jawab, “Manalah tau kalau awak sambung tidur balik. Tapi mesti tak lena sebab saya tak ada kat sebelah awak.”

“Perasan!” Aku cemik muka. Macamlah dia boleh nampak. “Selama ni saya tidur sorang, okey aje!”

“Sayang...once we’re together, you never want to be alone anymore.”

Tegak bulu roma aku dengar ayat dia. Masih terasa lagi kehangatan dia peluk aku.

“Whatever!” Lekas-lekas aku tolak imej nakal yang menerpa fikiran. “Saya nak buat breakfast Adam. Jumpa petang nanti.” Aku terus putuskan talian. Segan sebenarnya nak terus bercakap dengan dia. Episod malam tadi masih segar dalam ingatan aku.

Lepas simpan iPhone dalam beg (kena sorok sebab takut Adam main), aku kembali ke dapur. Tapi langkah aku mati bila menyaksikan satu babak yang buat muka aku merah padam semerah-merahnya. Lekas-lekas aku sembunyi belakang dinding. Lepas urut dada, aku intai perlahan-lahan.


OOPPSSSSS...kena potong....hahahaha



“Ehem!” Aku deham kuat-kuat sambil masuk dapur dengan selamba. “Get a roomlah, abang. Tak menyabar. Sapa suruh makan pisang sampai empat butir. Kan dah terlebih tenaga.”

Terus badan Rashdan tegak. Telinga dia merah. Tubuh kak long dilepaskan agak kasar. Sampai terhuyung hayang kak long jadinya. Rashdan toleh pandang aku. Muka dia merah padam. Alamak! Lama dah aku tak nampak muka tu. Bahaya ni. Tak payah nak fikir panjang, aku terus hayun langkah beribu lari keluar dari rumah. Kat belakang, Rashdan dah kejar aku.

Habislah badan aku kena rendam dalam petak sawah. Bau lumpur nanti. Tidak!!!!

9 comments:

  1. waahahahha.. ganas jugak Medan ni rupanya....

    ReplyDelete
  2. nex n3.. hehehe.. makin excited.. hahaha... terbaekk... :)

    ReplyDelete
  3. best x sabar pulak tunggu next n3.

    ReplyDelete
    Replies
    1. next n3 next week. kalo nk teaser...bersepah kat group...hehe

      Delete
  4. Bilalh dia org ni nk berterus tetang ttg hubungan jiwa yg dah lama bersatu ni......
    Moga2 terbukalh pintu hati rashdan menerima mr panda sbg BIL wp dia merupakan adik pd musuh ketatnya. Buangkan yg keruh ambil yg jernih dan bahagialah hidup adiknya ngan mr panda tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. terharu dgn ucapan kak ayu salina...huhuhu

      Delete
  5. blushing muka....nak sgt mandi wajib ke...hihihi
    sweet sgt lynan abg dgn adik...
    ehem....zat pisang dh terbukti...B)

    ReplyDelete

@Que Sera Sera |