Friday, 27 December 2013

Fantasi Cintaku




Ini projek baru yang saya tengah usahakan. Kompilasi ni akan saya print sendiri. Jadi saya perlukan 500 pembaca yang sudi pledge untuk beli. Kalo tak, tak berbaloi kut saya nak print.

Sila tinggalkan emel dlm ruang komen. Kalu dah LIKES kat Grup Que Sera Sera, tak perlu tinggalkan emel kat sini.

Friday, 20 December 2013

KKG: Kini Selamanya #1

sapa dah baca Kau Kekasih Gelapku? Sila jump jump jump! Ni dia..khas buat korang yg dah beli dan baca KKG.

Pedang Siluman Putih dilibas laju menetak jembalang laut yang mengelilingi mereka. Seketika, sejalur cahaya putih berbentuk X muncul pada tubuh jembalang sebelum mahkluk hodoh itu berkecai hangus menjadi debu.

Kemudian Siluman Putih diacu ke belakang menikam jembalang yang mahu mencuri pukul. Sesudah itu Ayuna berpusing ligat seperti gading, mengacu Siluman Putih ke depan, membelah dua jembalang-jembalang yang semakin kurang bilangannya.

Keadaan yang hingar dengan tempikan dan pekikan suara jembalang, kini sunyi. Sepi. Hanya kedengaran bunyi ombak dan desahan nafas Ayuna yang turun naik menahan lelah.

“Shaq!” Ayuna memanggil setelah lelahnya hilang. Suaranya bergema di mulut gua yang menghadap laut.

Baru saja Ayuna nak melangkah masuk ke dalam mulut gua, suara hilai tawa perempuan berekor-ekor memekakkan telinganya. Ayuna menghunus Siluman Putih.

“Yuna...itu Medusa. Jangan pandang ke dalam matanya!” Damien tiba-tiba muncul di sisi Ayuna.

“Medu...what?” Ayuna terpekik. “Apa yang kau merepek ni? Medusa tu mitos Greek!”

“Yuna...kau bukan ada kat dunia manusia lagi. Kau dah masuk ke dunia selari. Dah lupa?” Damien segera mengingatkan.

Dunia selari? Fikiran Ayuna benar-benar buntu. Tubuhnya keletihan. Dia tak tahu berapa lama dia asyik bertempur. Entah berapa ratus jembalang yang dah jadi mangsa tetakan Siluman Putih.

“Damien...aku dah penat.” Tiba-tiba Ayuna jatuh melutut. Pegangan jari-jemarinya pada pedang Siluman Putih terlerai.

“No! No! Ayuna! Jangan dengar suara Siren tu!” Damien cuba mencapai tubuh Ayuna. Tapi tembus. Apalah dayanya sebagai spirit mahu menyentuh mahkluk berjasad seperti Ayuna.

Tanpa Ayuna sedar, rupa-rupanya ada Siren sedang mengalunkan suaranya. Dia dah terlalu penat hingga tak perasan ada dua ancaman sedang menanti.

Tawa Medusa menjadi semakin lantang dan hampir. Suara mendayu sang Siren menyanyi merdu semakin kuat. Dan tubuh Ayuna semakin longlai. Matanya berat.

“Yuna!” Damien hanya mampu menjerit melihat tubuh Ayuna terkulai di atas pasir. Sebagai mahkluk yang dah tak berjasad, dia tak mampu nak buat apa-apa.

Medusa, dewa berkepala ular...bukan berambut ular seperti yang digebang di dunia manusia, dah berdiri di sisi tubuh Ayuna yang dah tak sedarkan diri. Tertidur kerana mendengar nyanyian jembalang laut yang digelar Siren.

Beleum sempat Ayuna diapa-apakan, satu bukaan cahaya muncul di pantai menyilaukan pandangan Medusa. Sesaat dia alpa, kepalanya putus dua.
“Sorry, ugly!”

Rihanna tersenyum puas selepas melibas Siluman hitam. Kepala Medusa tergolek di atas pasir. Tubuhnya yang tak berkepala mula berjalan terhuyung-hayang. Sekali lagi Rihanna melibas Siluman Hitam, memotong-motong tubuh wanita ular itu menjadi beberapa bahagian sebelum ia hancur menjadi debu hitam.

Sang Siren yang duduk di atas batu mula melaungkan suaranya, mahu memukau Rihanna ke alam mimpi.

“Wahh...suara kau tak la merdu sangat. Kalau masuk The Voice pun, tak ada kerusi yang nak berpaling.” Sepantas kilat Rihanna dah berdiri di hadapan sang Siren.

Sesaat, tubuh Siren itu juga hancur menjadi debu. Kemudian Rihanna berjalan lambat-lambat menghampiri Ayuna yang dah sedar.

Rihanna geleng kepala. “What took you so long?”

Berkerut dahi Ayuna memandang Rihanna. Rasa nak marah mula memuncak. Kini baru ingatannya jelas.

“Kau masuk sini, kau kena tewaskan dua jembalang. Tadi masa aku datang, ada beratus jembalang aku kena selesaikan. Dah...jangan nak tunjuk lagak. Kita tak ada masa. Bila-bila masa saja portal waktu tu boleh tutup!”

Ayuna menghunus Siluman Putih dan dihalakan ke dalam gua. Perlahan-lahan Siluman Putih bernyala seperti lampu. Dengan panduan cahaya Siluman Putih, mereka melangkah masuk ke dalam gua.

“Shaq!” Ayuna memanggil lagi.

Namun hanya bunyi deruan air saja yang menyahut.

“Ada sungai dalam gua ni? Air terjun?” Rihanna kagum melihat keadaan gua yang indah khabar dari rupa. Keadaan gua dah tak gelap sewaktu mereka tiba di tepi anak sungai. Ada lubang besar di bumbung gua yang membenarkan cahaya matahari menerobos masuk ke dalam.

Siluman Putih dah tak bernyala lagi. Ayuna melenyapkan Siluman Putih dari pandangan. Bukan macam Rihanna yang lebih suka menyisipkan Siluman Hitamnya di belakang tubuh.

“Alamak!” Rihanna terkaku seketika.

“Apa?” tanya Ayuna pelik. Dia pandang ke arah yang sama seperti Rihanna.

“Shaq!” Ayuna terjerit dan terus berlari ke arah arca kristal seorang lelaki.

“Dia tak bertukar jadi batu. Tapi...jadi kristal?” Perlahan-lahan Ayuna hulur tangan nak sentuh Shaqir. “Wei...Hana...cemana ni? Laki aku dah bertukar jadi kristal!”

“Manalah aku tau nak buat apa.” Rihanna rasa takjub tangok Shaqir versi kristal. Macam patung ukiran ais pun ada. Macam cantik aje kalau nak jadikan perhiasan kat ruang tamu penthousenya.

“Yuna...gunakan percikan api biru.” Damien muncul lagi.

“Percikan api biru?” tanya Ayuna, keliru. “Cemana?”

“Kau cakap dengan siapa tu?” soal Rihanna pelik bila dia nampak Ayuna macam cakap sorang-sorang.

“Give it to him.”

“Huh?” Ayuna masih lagi blur. Cemana la nak bagi percikan api biru pada Shaqir? Boleh ke bagi?”

“Through a kiss.”

“Ooohhhhh.” Terangguk-angguk kepala Ayuna. Barulah dia faham.

“Yunaaaaa...kau cakap dengan siapa?” Rihanna tanya sepatah sepatah. Sebab tiba-tiba saja dia rasa seram semacam. Err...demon pun boleh rasa seram ke? Apa-apa jelah! Lagipun di situ bukan dunia manusia.

“Aku bercakap dengan Damien.” Segera Ayuna menjelaskan sebelum Rihanna fikir yang bukan-bukan.

“Damien? Shaman tu? Tapi bukan ke....” Muka Rihanna keliru habis.

“Spirit.” Ayuna pandang Rihanna seketika sebelum menumpukan perhatian kepada Shaqir. “Now...dear husband...I’m gonna give you a kiss of life.” Ayuna menghampirkan wajahnya kepada Shaqir. Tatkala bibir mereka bersentuhan, tubuh Ayuna diselubungi percikan api biru. Melalui sentuhan itu, percikan api biru mula menjalar menyelubungi tubuh Shaqir.

Tubuh kristal itu seolah-olah cair seperti ais dan perlahan-lahan bertukar menjadi tubuh yang berdarah daging.

Ayuna melepaskan Shaqir dan percikan api biru terpedam perlahan-lahan.

“Why do you have to be so gorgeous and all demons from around the msytical world want to have you?” Ayuna senyum.

Shaqir membalas dengan senyuman lemah. “Yuna!” Dia melepaskan keluhan lega. Tubuh Ayuna didakapnya erat.

“Dah la tu....sambung peluk cium kat rumah. Kita kena cepat sebelum portal waktu tu tertutup!” Rihanna bersuara lantang.

“Yelahhh...tau.” Ayuna memapah Shaqir. Mereka berjalan keluar dari gua. “Kalau Darius yang kena larikan macam ni...kau pun sama sawan!”

“Darius tak kan kena kidnap...okay? Dia tu superdemon. Demon sama demon mana nak main kidnap. Manusia macam laki kau tu la yang demon suka nak culik.” Rihanna melirik sekejap ke arah Ayuna dan Shaqir.

“Pape jelah!” balas Ayuna, geram dengan sikap Rihanna yang kadang-kadang suka mengusik tak kira tempat. Kejam!

Shaqir sekadar mampu geleng kepala. Rihanna dan Ayuna...kalau dah berjumpa mesti nak bercakaran mulut. Kalau mesra tu, sampai terlebih dos manisnya. Kalau gaduh, macam anjing dengan kucing lagak mereka.

“Jom balik!” Rihanna melompat dulu ke dalam portal waktu yang terbuka.

Kemudian diikuti oleh Ayuna dan Shaqir. 

@Que Sera Sera |