Saturday, 25 January 2014

Hessa My Roses #10

kpd ahli blog yg baru nak follow HMR...entri sblm ni ada kat Group QSS di Facebook. Sila ke sana kalau nak baca :D

*****



“Hessa!”

“Touma?” Terkejut Hessa bila tiba-tiba mendengar suara Touma melalui mulut Hessadroid.

“Kau kena hantar Hessadroid balik. Nanobot tu tak dapat nak baik pulih semua kerosakan.”

“Apa?” Hessa memang tak menyangka Touma boleh cakap begitu.

“Tukar tempat sekejap. Aku akan cuba baiki kerosakan ni dalam masa 24 jam.”

Hessa berdengus kasar. “Ada-ada jelah kau ni, Touma!”

Dengan berat hati, Hessa bertukar pakaian dengan Hessadroid. Selepas memberikan Touma kawalan sepenuhnya ke atas Hessadroid, barulah Hessa mengaktifkan sut halimunan. Mujur juga dia sempat mematikan fungsi selari minda antara dia dengan Hessadroid dan memadamkan semua memori. Bimbang kalau Touma mengintai ke memori Hessadroid dan nampak semua yang pernah berlaku antara dia dengan Razien. Memalukan saja!

Lima minit berlalu lepas Hessadroid dihantar pulang. Dan Hessa masih terpacak kat ruang tamu tak tau nak buat apa. Tiba-tiba dia rasa blank. Sebab tak sangka pula kena bertukar tempat dengan Hessadroid.

“Gggaahhhhh!” Hessa pegang kepalanya. Fikir, Hessa...fikir!

Oh ya...dia kena cari maklumat mengenai kem tahanan di Daerah S. Lantas Hessa masuk ke bilik Razien. Semua tempat dia geledah. Setengah jam mencari, Hessa mula berfikir balik. Tak kan lah Razien tinggalkan apa-apa maklumat berharga di sini. Dia workaholic sangat ke sampai nak simpan kerja kat dalam bilik?

Hessa kembali ke ruang tamu. Berfikir lagi. Ni kenapa Hessa tiba-tiba rasa macam kalut campur gelabah sampur gementar? Tak kan la dia gemuruh nak berdepan dengan Razien sekejap lagi? Tiba-tiba bulu tengkuk Hessa meremang. Rasa macam ada hantu melintas di belakangnya.

Tika itu juga kedengaran pintu dibuka. Homai! Degup jantung Hessa bergerak tanpa irama. Dan masa tu juga dia baru perasan. Dia lupa tukar pakaian. Dia masih pakai pakaian maid yang superseksi tak ada ampun! Homaigod!

Tubuh Hessa tegak, tak bergerak. Moga-moga Razien terus masuk ke biliknya. Tapi macam mustahil pula kalau Razien nak buat macam tu. Dia kan suka menyakat Hessa.

Razien senyum enget pandang Hessa. Dia perasan Hessa tiba-tiba jadi kaku sewaktu dia melangkah masuk ke dalam kuaters tadi. Apa kena pula dengan gadis dua personaliti ni? Dah tersampuk personaliti dingin-belu-keras kepala dia lagi ke?

Selalunya kalau Razien balik, Hessa akan menyapanya. Walaupun tiada nada mesra, Hessa sudi juga nak tegur dia. Tapi petang tu, Hessa tegak macam patung membelakangi dia. Memang sengaja la nak suruh dia menyakat.

“Hessa...turn around.”

Hessa telan air liur. Dia tunduk pandang kakinya. Mujur stoking hitam yang dipakainya tinggi mencecah pangkal paha. Sungguhpun skirtnya pendek, tak la nampak seksi. Perlahan-lahan dia pusing.

Razien sedang bersandar pada dinding sambil peluk tubuh. Wajah Hessa terus kaku macam baru nampak hantu. Razien pakai seragam hitam tu lagi! Terasa darah di muka Hessa jadi kering. Dia memang tak dapat nak kawal diri kalau nampak mana-mana tentera Ilunati yang berpakaian hitam seragam skuad pembunuh tu. Terlalu banyak memori ngeri bakal menyinggah di otaknya.

Hessa ketap gigi rapat-rapat. Matanya dipejam. Nafas diatur perlahan. Tenang, Hessa, tenang.
Razien dapat menangkap perubahan air muka Hessa. Dahinya berkerut sekejap. Dulu masa di Bandar Z, Hessa jadi takut tengok dia pakai seragam Skuad Slayer. Tapi semalam, Hessa tak pun bersikap macam ni. Dan petang ni, Hessa jadi takut semula.

Hurmm...ada sesuatu yang pelik mengenai Hessa. Dah lama dia syak. Tapi dia tak ada masa nak layan curiga di hati sebab dia sibuk dengan misinya. Kini persoalan tu kembali menghantui fikirannya.

Razien menekan satu butang khas pada alat di tangannya. Gelang di tangan Hessa bernyala merah berkelip-kelip laju. Tapi Hessa langsung tak beriak. Matanya masih tertutup rapat. Dahinya berkerut sedikit. Namun tiada tanda-tanda dia sedang dalam kesakitan.

Razien senyum mengejek. Sekarang dia tahu kenapa Hessa ada dua personaliti, kenapa Hessa tak bereaksi seperti sepatutnya bila dia tekan butang kawalan gelang tu. Langkahnya diatur mendekati Hessa.

Dub!

Seperti ada sesuatu yang tertanggal di pergelangan tangan Hessa. Seperti ada sesuatu yang jatuh ke lantai. Hessa buka mata. Terkejut dia tengok gelang yang dipakainya tergolek di atas lantai. Kepalanya cepat diangkat. Razien terpacak di depannya dengan renungan tajam.

Aw crap! Dia dah tau! Harus la Hessa bersedia dengan Jurus Beksi Dasar!

Tapi...patut ke Hessa melawan? Satu rahsia dah terbongkar. Tak kan nak bongkar satu lagi rahsia yang lagi besar? Dia belum dapat apa-apa maklumat pasal lokasi tahanan Hayden eh Ben!

Hessa tak boleh sebut nama sebenar Ben. Bahaya! Adoyai...kenapa la Hessa kalut sangat petang ni? Siapa yang haywire sebenarnya? Dia ke Hessadroid?

“Siapa kau sebenarnya?” Nada suara Razien persis pegawai soal siasat penjara. Air mukanya pun nampak mengerikan. Terutama dengan pakaian hitam pembunuh tu. Ini rupa sebenar Mejar Razien Raees, si hati kering.

Tubuh Hessa menggigil perlahan. Dia rasa macam nak terbang melompat keluar dari balkoni. Seolah-olah di depannya tu seekor ular tedung selar hitam yang bersedia nak patuk kepalanya.

Atau...Hessa boleh pura-pura pengsan? Macam gadis pingitan yang ketakutan. Taktik biasa yang dia lakukan kalau nak lepaskan diri tanpa bertempur.

Mana satu pilihan Hessa?

Sengaja Razien tunjuk wajah garang yang menakutkan tu. Sebenarnya dia tiada niat pun nak takutkan Hessa. Tapi dia rasa geram sebab dengan mudah gadis desa tu berjaya mempermainkan dirinya. Kalau la orang atasannya tahu, tentu reputasinya akan tercemar.

Hatinya macam nak lembut aje bila tengok Hessa dah mengigil pucat ketakutan. Dia tak suka buat Hessa ketakutan. Dia tak mahu Hessa takut pada dirinya. Dia sebenarnya suka...eh? Pengsan?

Hessa dah terjelepok di atas lantai di kaki Razien.

Syabas Razien! Bijak sungguh taktik kau memikat perempuan sampai dia pengsan!

*****

“I want to keep you!”

Ingat dia barang ke boleh simpan-simpan? Hati Hessa panas membara. Macam ada larva gunung berapi sedang membuak-buak di dadanya. Wajahnya masam mencuka saja pagi tu. Hinggalah Yuri menegur.

“Aku tak mahu pesakit aku cepat mati tengok muka kau yang masam mencuka macam dah tertelan cuka berbotol-botol!”

Pertama kali Hessa dengar Yuri melazer macam tu. Maknanya, memang muka Hessa menakutkan hinggakan Lily pun tak nak kat dia.

Hessa tarik nafas dalam-dalam. Ni semua Razien punya pasal! Semalam lepas dia pura-pura pengsan, Razien angkat dia bawa masuk bilik. Ingatkan bilik dia. Rupa-rupanya bilik Razien. Dan malam tu, dia tidur sebelah Razien! Mujur tak jadi apa-apa. Tapi Hessa rasa maruahnya dah kena pijak-pijak sekali lagi.

Apa Razien ingat dia anak patung saiz manusia ke? Suka-suka hati bawa tidur dan peluk macam bantal peluk?

Bangun aje pagi tu, dia terus cakap sesuatu yang buat Hessa rasa nak pancung aje kepala Razien dengan pedang. Hessa bukan anak patung untuk disimpan! Ben yang gebu tu pun tak suka kalau orang duk peluk-peluk geram kat dia. Mau hilang sebelah muka kalau kena tapak dengan Ben.

“Kau stress. Tekanan darah pun tinggi. Pergi la balik berehat. Lagipun hari ni tak ramai pesakit kat wad kecemasan.”

Hessa mengelamun jauh sangat sampai tak sedar yang Yuri baru saja periksa dia.

“Go home, Hessa.” Lembut saja cara Yuri suruh dia balik. Siap hulurkan kot lagi.

Lambat-lambat Hessa sambut kot yang dihulurkan dan disarungkan ke tubuh. Mafela dililitkan pada leher. Cuaca semakin dingin di luar sana. Pertukaran musim sedang berlaku.

“Esok aku datang lagi.” Hessa rasa bersalah sebab tak dapat menyumbang bakti hari tu.

“Datang hanya selepas kau rasa okay. Aku tak mahu tengok sour plum Hessa.” Yuri senyum.

Hessa pun ikut senyum. Dia rasa lega sikit lihat senyuman Yuri yang sentiasa melegakan hati. Senyuman Yuri bagaikan senyuman sang bidadara. Jiwa yang kacau terasa sembuh bila melihatnya.

“Hessa...”

Langkah Hessa mati di pekarangan hospital. Lenyap terus senyuman di wajahnya. Apa Mejar Razien Raees buat kat sini?

Dia panggil Razien macam tu sebab hari tu Razien pakai seragam biru gelap. Seragam rasmi dia bertugas. Selalunya kalau keluar dari markas, Razien jarang pakai seragam. Razien yang bersandar pada badan jip datang mendekatinya.

“Awal balik hari ni?” tegurnya mesra.

Mesra? Hessa rasa goosebumps seluruh tubuh. Kenapa tiba-tiba mood Razien berubah mendadak? Ada sesuatu yang berlaku ke antara mereka malam tadi? Masa dia tidur tak sedarkan diri? Hmm...boleh pula Hessa tidur lena, kan? Melampau!

“Maafkan aku...pasal malam tadi.”

Rahang Hessa rasa nak jatuh cecah tanah. Razien minta maaf? Hilang akal ke apa ni?

Grrrrr! Terus mood Hessa berubah garang bila terkenang kisah malam tadi. Dia tak boleh biarkan permainan tuan kucing dengan tikus berterusan. Hessa ada misi penting. Tak ada masa nak layan perkara lain selain dari tu.

Hessa pandang muka Razien. Terpaksa dongak sikit sebab Razien tinggi. 

“Cut all this crap. Aku akan tetap bayar hutang orang tua tu sama ada kau nak terima atau tak. Mulai saat ini, antara kita dah tak ada apa-apa hutang.” Hessa angkat tangan kiri, tunjuk kat tempat gelang yang dah kosong. “Selamat tinggal, mejar!” 

@Que Sera Sera |