Friday, 21 October 2016

Kau Kekasih Gelapku Reset~Prolog 2

LAMA dia renung altar batu yang dingin dan dipenuhi dedaun kering itu. Kedua-dua belah tangan menyeluk saku kot labuh berwarna hitam. Cuaca semakin dingin. Hujan semakin lebat. Namun dia tak peduli.

Altar batu terus direnung. Beberapa bayang mula muncul laju, silih berganti menceritakan satu peristiwa yang pernah berlaku di situ. Peristiwa yang telah memisahkan dia dengan kekasihnya.
Malam itu, dia datang dengan harapan untuk mengubah takdir yang tertulis. Dah lama dia merancang. Dah lama dia menunggu. Kini masanya telah tiba.

Hujan tiba-tiba berhenti. Langit kembali cerah tak berawan. Perlahan-lahan bulan merah munculkan diri. Blood moon. Dia senyum tanpa nampak gigi. Kepalanya didongak ke arah bulan. Kedua-dua belah tangan ditadahkan ke langit.

“Malius!” Dia menyeru.

Bumi bergegar tiba-tiba. Altar batu terpisah dua. Muncul satu lohong hitam di tengah-tengah altar. Tak lama kemudian, di sebalik asap merah yang berkepul, muncul satu lembaga. Besar. Tinggi. Bertanduk. Berekor. Hodoh amat!

“Kau....lepaskan...aku?” Suara bak guruh itu bergema di tengah-tengah malam yang sunyi. Beratus tahun dia dikurung. Hari itu dia tiba-tiba bebas...dibebaskan oleh Shaman paling berkuasa. Kebebasan itu datang dengan harga yang pasti bukan murah. “Apa kau mahu sebagai balasan?”
Quesara senyum penuh muslihat. “Aku mahu kau kembalikan aku ke masa silam.”

Malius berdengus mendengar permintaan yang sangat berat itu. Perjalanan kembali ke masa silam melanggar hukum alam. Belum pernah lagi dia menunaikan mana-mana permintaan seperti itu. “Kau nak ubah masa depan?”

Giliran Quesara pula berdengus. “Kau tak perlu tahu. Jika kau keberatan, aku boleh aje kurung kau semula. Nak?” Dia mengugut. Kalau Malius tak mahu bantu, dia masih ada lagi cara lain. Malius bukan pilihan terakhir.

“Baiklah...” Berat nada suara Malius. Dia terpaksa sebab tak mahu kena kurung dalam gua berapi itu semula. “Aku pinjamkan sebelah tanduk. Pulangkan bila kerja kau selesai.” Selesai berkata-kata, Malius mencabut tanduk kirinya. Tanduk bertukar tangan.

Makin lebar senyuman Quesara. Di matanya, terbayang wajah Damien.
“I will bring you back, my love. We won't be separated... ever again!” Dia berjanji sambil merenung tanduk Malius. Sejarah akan berubah. Apa yang dah berlaku akan di-reset.

Rihanna tak akan bersama Darius.
Ayuna tak akan bertemu Damien.
Siluman tak akan terpisah dua.
Klymore tak akan bertuan.

******

PREORDER KOMBO KKG RESET & MINI NOVEL MYRNA DIBUKA SEKARANG hingga 11hb November 2016.
(Limited print. Lepas tamat preorder, harga akan berubah)
Online Order Here

1 comment:

  1. Kak que ad lagi ke buku nya...?kta mcm nk beli p mmg kat kdai bku x jmpe bku karya akak.... T.T

    ReplyDelete

@Que Sera Sera |