Thursday, 20 October 2016

Kau Kekasih Gelapku Reset~Prolog 1


Featuring Yuu Tezuka Mikael and Kenzie Aoi Donahue of DME
SUASANA taman itu indah nian. Bau harum bunga-bungaan melata-lata. Udaranya segar. Kenzie berpusing-pusing mendepangkan tangan membiarkan pipi dan rambutnya ditampar manja oleh angin. Matanya dipejam rapat.

“Indah sungguh mimpi kau, Kenzie!” kata satu suara.

“Ya... mimpi ni memang indah sebab aku kat Nian.” Kenzie tersenyum lebar. Matanya masih terpejam.

“Tapi keindahan yang kau rasa ini bakal berakhir.” Nada suara itu keras.

“Kenapa pulak?” Acuh tak acuh aje Kenzie bertanya. Dia masih seronok berpusing-pusing. Gaun yang dipakainya kembang bak bunga sedang mekar.

“Kenzie!”

Bahunya tiba-tiba dicengkam kuat. Ravan? Mata Kenzie terus terbuka luas. Dia terkejut melihat keadaan Ravantino. Seolah-olah Daemon tu sedang menjadi imej kabur perlahan-lahan.

“Ravan... cemana kau boleh masuk ke Nian? Kau kan Daemon. Dan... kenapa kau macam sedang fading ni?” Panik Kenzie melihat keadaan Ravantino.

“Selamatkan aku, Kenzie!” Suara Ravantino tenggelam timbul. Tubuh badannya semakin menghilang. Kenzie hulur tangan mahu memegang Ravantino. Tapi tangannya tembus.

“Ravan!” Kenzie terjerit. Takut. Terkejut. Bingung melihat keadaan Ravantino. Adakah ini akibatnya jika Daemon masuk ke dalam dunia Nian?

“Aku akan hilang... tak akan wujud... selamatkan aku, Kenzie. Selamatkan ibu bapa aku...” Dan Ravantino terus hilang ditelan udara.

“Ravan!” Kenzie terpekik dan terus terjaga daripada tidur. Tubuh badannya berpeluh-peluh.
“Kenzie, Kenapa?” Yuu yang terdengar jeritan Kenzie, terus menyerbu masuk ke dalam bilik gadis itu. “Kau sebut nama Ravan...” Terluah perasaan cemburu yang membuku pada nada suaranya.
“Ravan dalam bahaya!” Kenzie tolak selimut ke tepi. Dia terus menerpa ke arah almari, mencapai seragam Delta. Dia perlu kembali ke Aroi. Dengan pantas dia menyalin pakaian tanpa mempedulikan reaksi dingin yang dipamerkan oleh Yuu.

“Kenapa Ravan?” Yuu tak puas hati. Kenapa mesti ada Ravantino antara dia dengan Kenzie lagi? Kenapa mesti ada orang ketiga?

Kenzie berikan Yuu renungan penuh makna yang bermaksud, not this again. Bosan sungguh dia bila Yuu tunjuk sikap cemburu terlebih dos.

“Dia dalam kesusahan. Aku perlu bantu dia. Dan kau perlu bantu aku... izinkan aku keluar dari dimensi ni. Aku nak balik ke Aroi.” Tanpa kebenaran Yuu, Kenzi memang tak boleh keluar dari situ.
Yuu tayang muka bengang. Dia tak ada niat pun nak izinkan Kenzie pergi dari situ.

“Yuu...” Kenzie renung wajah Yuu, mohon pengertian daripada lelaki itu. “Izinkan aku bantu Ravan.” Dia merayu.

“Bagaimana kau boleh yakin yang mimpi kau tu bukan mainan tidur?” Yuu masih mahu bersoal jawab.

“Ravan... he walks in our dream. Itu cara dia sampaikan mesej. Takkan kau tak ingat?” Kenzie angkat kening sebelah. Bukan tak pernah Ravantino masuk ke dalam mimpi Kenzie sebelum ni. Dan Yuu memang arif dengan kejadian itu.

Yuu lepaskan keluhan berat. “Aku ikut!” Dengan berat hati dia bersetuju dengan permintaan Kenzie. Tapi dia akan ikut sama. Tak sesekali dia akan biarkan Kenzie bersama Ravantino. Dia memang tak percayakan Daemon itu yang pernah cuba merampas Kenzie daripadanya dulu.

****
PREORDER KOMBO KKG RESET & MINI NOVEL MYRNA DIBUKA SEKARANG hingga 11hb November 2016.
(Limited print. Lepas tamat preorder, harga akan berubah)

No comments:

Post a Comment

@Que Sera Sera |